Thursday, 21 November 2013

Pas Maafkan Karpal Sebab Dia Jahil & Karpal Hadir Di Muktamar Pas

Jumaat, 22 November 2013
Photo

“Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam" - Datuk Harun Taib


SHAH ALAM: PAS sama sekali tidak berkecil hati dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan Islam.

“Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.


“Dia ingat parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang sebelum ini hidup berpuak-puak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian muktamar Dewan Ulama’ di sini hari ini.

Katanya, tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangka polemik tersebut.

“Macam mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.

“Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan orang jahil rosak kita,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.

“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.”

Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik, Herald.

Karpal berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

“Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya.
BLM
Karpal Hadir Di Muktamar Pas
SHAH ALAM - Kehadiran Pengerusi DAP, Karpal Singh ke Muktamar Pas, hari ini masih menjadi teka-teki.

Banyak pihak menyifatkan kehadiran Karpal ke muktamar parti sekutunya itu bakal menjadi titik penyelesaian kemelut yang melanda.


Meskipun begitu, calon AJK Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak mendesak Karpal hadir ke muktamar itu.

"Esok (hari ini)...itu terserah pada pimpinan DAP nak hantar siapa.

"Saya harap pimpinan utama DAP hadir, tak semestinya Karpal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, semalam.

Enggan mengeruhkan hubungan dalam Pakatan, Nik Abduh berharap rakan sekutunya, DAP tetap menganggap kenyataan Karpal itu bersifat peribadi.

"... cuma saya harap supaya DAP kekal menganggap kenyataan Karpal itu sebagai peribadi.

"Sebab menjaga hubungan dalam pakatan itu lebih penting dalam politik Malaysia, hari ini," katanya.

Sementara Ketua Pemuda Pas yang baru dipilih semalam, Suhaizan Kaiat pula berpendapat, kehadiran Karpal bakal meredakan sedikit suasana yang masih hangat.

"Kalau dia datang lagi bagus boleh sedikit meredakan suasana," katanya.

Mencadangkan pertemuan kedua-dua pihak (Karpal-Pas), Suhaizan melihat politik damai lebih berkesan berbanding berbalas kenyataan melalui media.

"Saya lebih selesa, kedua-dua pihak bertemu dan selesaikan masalah. Itu namanya politik damai.

"Sekarang dua-dua pihak tembak menembak dari jauh. Mungkin ada 'miss communication'. Kalau tak diselesaikan akan merebak.

"Tentu ada titik pertemuan," katanya.
BLM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena