Saturday 23 November 2013

Suasana ketika diumumkan sebagai Naib Presiden PAS Pusat Sesi 2013-2015...Takbir!

Ahad, 24 November 213

Keputusan Pemilihan bagi Jawatan Naib

 Presiden
1. Dato' Hj Abu Bakar Chik - 364
2. YB. Dato' Husam Musa - 520
3. YB Dato' Mahfuz Omar - 504
4. Hj Salahuddin Ayub - 917
5. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - 847

Oleh yang demikian Naib Presiden PAS Sesi 2013-2015 adalah seperti berikut:

1. Hj Salahuddin Ayub
2. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB. Dato' Hj Husam Musa

Takbir!
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Suasana ketika diumumkan sebagai Naib Presiden PAS Pusat Sesi 2013-2015






Ucapan tahniah kepada YB. Dato' Husam Musa - Kekal sebagai Naib Presiden PAS
'ambo punyo pasa mu kaloh" itu agaknya kesalan di hati Husam
Husam menangis sebaik sahaja keputusan diumumkan dalam pemilihan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ke 45  yang berakhir semalam.

Mahfuz Omar yang duduk bersebelahan dengan Husam hanya tersenyum menerima berita kekalahannya kepada tiga calon pilihan perwakilan termasuk Husam.

Beliau memeluk bahu Husam bagi mententeramkan rakannya itu.

Terbaik daripada semua pemimpin PAS

sama ada yang menang mahupun yang kalah

Harakahdaily 2013-11-24
Naib Presiden: Salahuddin, Tuan Ibrahim dan HusamSHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.


Sah Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam Naib Presiden PAS

Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi mengesahkan bahawa Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai naib-naib presiden PAS.
Salahuddin mendapat 917 undi, Tuan Ibrahim 849 manakala Husam mendapat  520 undi.

Dua lagi calon iaitu Datuk Mahfuz Omar mendapat 504 undi manakala Datuk Abu Bakar Chik mendapat 364 undi.

Mahfuz yang merupakan penyandang jawatan itu terkeluar daripada senarai tiga naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Malam tadi, The Malaysian Insider menyiarkan keputusan tidak rasmi kemenangan ketiga-tiga pemimpin PAS itu.
Pemerhati menyifatkan kekalahan Mahfuz sebagai usaha perwakilan untuk memastikan beliau memberikan fokus untuk merampas semula Kedah daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ini memandangkan ahli Parlimen Pokok Sena itu juga adalah Pesuruhjaya PAS Kedah.
Pakatan Rakyat (PR) kehilangan negeri Kedah dalam PRU lalu selepas memerintah selama sepenggal.
Mahfuz berjaya membuktikan kemampuan PAS apabila berjaya menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun terpaksa berdepan dengan kerajaan negeri dan pusat.
Mahfuz juga satu-satunya ahli Parlimen PAS di Kedah yang berjaya mempertahankan kerusinya di negeri Jelapang Padi itu.
Asmuni tersasul beberapa kali ketika membuat pengumuman hari ini berkata beliau kekurangan tidur malam tadi.
Semalam ketika mengumumkan keputusan pemilihan untuk lain-lain jawatan, Asmuni memaklumkan keputusan untuk naib presiden terpaksa ditangguhkan kerana permohonan kiraan semula Asmuni akibat persaingan sengit bagi jawatan itu. - 24 November, 2013.TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena