Wednesday 20 November 2013

Selamat Bermuktamar.. Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali 52

Khamis, 21 November 2013
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum dan Salam Muktamar. Apa khabar? InsyaAllah pagi ini anda boleh mengikuti SIARAN LIVE :

1. Majlis Perasmian & Muktamar Penuh Dewan Ulamak PAS Pusat dari Dewan MBSA, Shah Alam melalui www.terengganukini.net dan juga Ustream : http://m/ustream.tv/channel/terengganukini

2. Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dari Dewan Sivik, MBPJ melalui www.youtube.com/ehsantv dan www.hijau.fm

3. Muktamar penuh Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dari Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam melalui www.kelantantv.my

4. WEB TV PAS : webtv.pas.org.my

Allahu Akbar!
Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali 52
Photo: Para alimat dan muslimat yang ingin mengikuti ucaptama dan perbahasan dari pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat juga amat dialu-alukan ... Islam for all

GABUNGAN ULAMA-PROFESIONAL RAHSIA KEKUATAN PAS


SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat  Datuk Ustaz Harun Taib berkata, rahsia kekuatan PAS adalah kerana gabung jalin yang mantap antara golongan ulamak dan profesional.

Berucap ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini beliau berkata, sejak penubuhan PAS, gabungan dua golongan inilah yang telah memacu PAS sehinga berada di tahap sekarang ini.

"Rahsia kekuatan PAS sejak ditubuhkan pada 1951 adalah gabung jalin mantap antara ulamak dengan profesional.

"Mereka tidak saling bercanggah, malah menuju arah (matlamat) yang sama iaitu mahu mendirikan sebuah negara Islam," katanya.

Beliau mengambil contoh kisah Nabi Allah Sulaiman AS yang melantik burung belatuk sebagai pencari punca air dan melantik jin Ifrit untuk menggali tanah bagi mendapatkan air.

Katanya, ia menunjukkan bagaimana gabung jalin antara ulamak dan profesional itu penting dalam mencapai sesuatu matlamat.

Beliau menjelaskan, tohmahan kononnya ulamak 'gila kuasa' apabila menegaskan jawatan tinggi PAS sewajarnya dari golongan ulamak khususnya yang dilontar dalam resolusi Multaqa Ulamak di Kedah sebelum ini, merupakan satu salah faham.

Katanya, cadangan itu dibuat berdasarkan hadis Rasulullah bahawa "ulamak adalah pewaris Nabi" dan bukan mahu menunjukkan ulamak gila kuasa, tetapi sesuai dengan perlembagaan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dengan menjadikan Al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumbernya.

"Ada kata kami gila kuasa. Kami bukan gila kuasa, tetapi siapa lagi yang lebih memahami (menghuraikan) perlembagaan parti ini.

"Kita bukan mahu mengenepikan peranan profesional," katanya.

Beliau juga mendakwa, muktamar kali ini sedikit panas ekoran resolusi Multaqa Ulamak di Kedah baru-baru ini yang melihat ulamak selepas itu diserang oleh banyak pihak.

Bagaimanapun katanya, ulamak sabar menghadapi pelbagai tuduhan itu sekaligus boleh meredakan suhu muktamar kali ini.

Mengulas isu Tahaluf Siyasi (kerjasama poitik) pula, beliau berkata cadangan Dewan Ulamak agar mengkaji semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu bukan bermaksud untuk keluar dari gabungan itu.

Sebaliknya, ia sekadar menyemak semula sama ada kerjasama itu memberi keuntungan kepada kekuatan Islam atau sebaliknya.

"Semak semula bukan nak pecahkan, tapi semak semula keuntungan dan kelemahannya. 

"Kadang-kadang keuntungan itu dari sudut harta benda sahaja," ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah berhenti dari perjuangan untuk menegakkan Islam.

Malah usaha itu akan terus diperkemas dengan pendekatan lebih lunak agar matlamatnya tercapai.

"Kita tak rasa lemah untuk tegakkan Islam dalam masyarakat berbilang bangsa begini," katanya.
Written by Administrator
Photo: Muktamat Dewan Ulama PAS Pusat kali 52




Ketibaan YAB Berhormat MB Kelantan selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ke Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 52 di Dewan Benkuet , MBSA.
Photo: Ketibaan YAB Berhormat MB Kelantan selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ke Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 52 di Dewan Benkuet , MBSA.







Photo



Sekarang ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato Harun Taib di Dewan Bankuet, MBSA, Shah Alam.
Photo: Sekarang ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato Harun Taib di Dewan Bankuet,  MBSA,  Shah Alam.

Al Fadil YB Ustaz Hassan Mahmud, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan mewakili keluarga Al Fadil Ustaz Dato Muhammad Daud Iraqi, selaku penerima anugerah Tokoh Ulama sempena Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat ke-52 di Dewan Bankuet, MBSA, Shah Alam, yang telah disampaikan oleh YAB Dato Haji Mohamed Yaakub, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Photo: Al Fadil YB Ustaz Hassan Mahmud, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan mewakili keluarga Al Fadil Ustaz Dato Muhammad Daud Iraqi, selaku penerima anugerah Tokoh Ulama sempena Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat ke-52 di Dewan Bankuet, MBSA, Shah Alam, yang telah  disampaikan oleh YAB Dato Haji Mohamed Yaakub, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Al Fadil Ustaz Ismail Khamis, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mewakili keluarga Al Marhum Tan Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku penerima anugerah Tokoh Ulama sempena Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat ke-52 di Dewan Bankuet, MBSA, Shah Alam.
Fb Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena