Monday, 25 November 2013

Adakah 2 kem tentera digadai RM465 juta? Kecuaian kerajaan UMNO@BN - Mahfuz Omar

Selasa, 26 November 2013

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini 

mendakwa kegagalan urus tadbir kerajaan telah 

menyebabkan dua kem tentera di Johor telah tergadai. 

Mahfuz merujuk Kem Majidee dan Kem Tebrau yang sepatutnya dibangunkan bersama oleh Kuasar Corporation Sdn Bhd (KCSB) dengan Koperasi Angkatan Tenterta Malaysia Bhd.
Menurut Mahfuz, sebuah perjanjian ditandatangi pada 10 Julai 1997 untuk membangunkan Kompleks 7 Briged di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan melibatkan kos sebanyak RM256 juta.
"Sebagai pelaksanaan Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada KCSB hak milik tanah kerajaan yang menempatkan Kem Majidee dan Kem Tebrau," katanya.
Mahfuz mengingatkan bahawa Laporan Audit Negara 2012 telah menyatakan kerajaan menanggung kerugian disebabkan pindah milik dua kem tentera itu kepada kontraktor.
Disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan bangunan tersebut, akhirnya tanah tersebut telah digadaikan oleh KCSB kepada Malaysian Building Society Berhad bagi mendapat pinjaman, tambah Mahfuz ketika bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena