Thursday, 21 November 2013

Video Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-59 & Saluran Siaran Langsung Muktamar

Jumaat, 22 November 2013
Ikuti Siaran Langsung Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-59
Tarikh : 22 November 2013
Masa : 8.30 pg
Tempat : Stadium Malawati

Video :
1) EhsanTV : http://www.youtube.com/ehsantv (HD)
2) Terengganukini : http://www.ustream.tv/channel/terengganukini
3) KTV : http://www.ustream.tv/channel/kelantantv
4) AmanTV : http://www.amantv.net/
5) WebTV PAS : http://webtv.pas.org.my/

 
Streamed live on Nov 22, 2013

MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE-59 BERMULA   
Last Updated on 22.11.2013
Antara Pemimpin Pas Yg Hadir Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-59 hari ini 22 November 2013.Buletin Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 22 Nov - Majlis perasmian bagi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal tepat jam 8.45 pagi, di pentas utama Ekspo Muktamar, Stadium Malawati, Shah Alam.

Pemeriksaan perbarisan itu disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan perasmi muktamar dengan diiringi Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali dan Pengarah Panatia Muktamar PAS Pusat kali ke-59, Dato' Takiyuddin Hassan.

Sejurus kemudian, Presiden PAS diiringi masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat. Para pemimpin PAS Pusat, pemerhati, dan perwakilan bersama-sama berselawat serta menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS. Buat pertama kalinya lagu rasmi PAS yang disusun semula dengan rentak yang lebih bersemangat dinyanyikan secara langsung oleh sekumpulan Pumuda.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap dan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan Ustaz Tarmizi Ali.

Turut hadir pada perasmian muktamar pagi ini adalah Mursyidul AM PAS, Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat, dan Ketua-ketua Dewan.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana sesi perbicaraan di mahkamah.

Selain pemimpin PAS, antara rakan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Presiden Parti Keadilan rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; DAP National Deputy Chairman, Tan Kok Wai; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim; dan Presiden TERAS, Azmi Abdul Hamid, serta tetamu jemputan dari dalam dan luar negara. Sasterawan Negara, A. Samad Said lengkap berbaju putih turut dilihat sana.
Written by Te@M I.T

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena