Tuesday 19 November 2013

Menaikkan 'KEMARAHAN' Umno: Rezab Selangor Cecah RM3 Bilion! APA KATA NAJIB TIRU TS KHALID.....

Rabu, 20 November 2013
REZAB SELANGOR HAMPIR RM3 BILION, APA KATA NAJIB TIRU TS KHALID.....
Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang. 

“Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu. 

“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” kata Abdul Khalid . 
Kedahkini - 04 Ogos 2013


 Tahniah MB Selangor...

Bajet di negeri bawah Pakatan catat sejarah tertinggi yang tidak pernah mampu dilakukan oleh mana2 negeri bawah BN... Tahniah MB Selangor...
Photo: Bajet di negeri bawah Pakatan catat sejarah tertinggi yang tidak pernah mampu dilakukan oleh mana2 negeri bawah BN... Tahniah MB Selangor...
Fb Buletin Pakatan Rakyat

Rezab Meningkat Di Bawah Pakatan Rakyat
Pautan kekal imej terbenam
Selangor bentang Belanjawan Berimbang

SHAH ALAM 19 NOV: Selangor kekal membentang belanjawan berimbang tahun depan dengan unjuran hasil keseluruhan negeri bernilai RM1.85 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pecahan unjuran itu ialah RM587.6 juta atau 31.76 peratus dalam bentuk hasil cukai, RM1.67 bilion (57.65 peratus) hasil bukan cukai dan RM196 juta (10.58 peratus) terimaan bukan hasil.

“Kerajaan negeri membuat beberapa agihan iaitu perbelanjaan mengurus lebih RM1.2 bilion, perbelanjaan pembangunan pula kira-kira RM624 juta dan bagi sektor infrastruktur (RM388,738.30 juta).

“Agihan anggaran perbelanjaan pembangunan bagi sektor sosial kira-kira RM143 juta, sektor ekonomi pula lebih RM90 juta dan RM 2.2 juta atau 84.36 peratus daripada sektor perbandaran akan dinikmati kerajaan tempatan.

“Selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor 2013 ketikA membentang Belanjawan Selangor 2014 bertema Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Situasi di Selangor jauh berbeza dengan kerajaan Pusat pimpinan Umno BN yang membentang bajet defisit selama 13 tahun berturut.

Kata Abdul Khalid, pendapatan semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor mencecah RM1.72 bilion pada 2012 dan lebih dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keseluruhan RM1.53 bilion bersamaan lebihan operasi RM183.2 juta.
Kedahkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena