Saturday 16 November 2013

Putrajaya: BAPA MELAYU LARANG ANAK terlibat aktiviti keagamaan di sekolah...

Sabtu, 16 November 2013
Kes Salah Laku di Sekolah...
Gambar budak sekolah ponteng - hotlips-yuya.blogspot.com
Thursday, May 24, 2012
Gadis Pelajar Samseng.. Lagi Bukti D/didik Gagal..
Posted by Ibnu Hasyim 
KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.
Saturday, September 15, 2012
Pelajar Belasah Guru. Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.
Posted by Ibnu Hasyim 
ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah.

ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah dalam kes yang lain sebelum ini..
Pelajar belasah guru disiplin
ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Thursday, June 28, 2012
Cabul Dlm Tandas, Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.
Posted by Ibnu Hasyim 
GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.
blog2-pakatan.blogspot.com
LARANG ANAK TERLIBAT AKTIVITI KEAGAMAAN ISLAM
APA NAK JADI!!!
Diterbitkan Belia Bangkit Pada 8:18:00 PG
PUTRAJAYA-BAPA JAHIL LARANG ANAK TERLIBAT AKTIVITI KEAGAMAAN ISLAM
Surat yang dihantar kepada pengetua memohon supaya anaknya yang bernama Karyna Alia binti nor ariffin yang diminta pengecualian dari sebarang aktiviti agama kerohanian walaupun si ayah sedar beliau adalah seorang Islam.

Mengikut sumber Latarbelakang barat terlalu mempengaruhi kehidupan mereka sekeluarga hingga perubahan drastik berlaku.Itu yang MH faham apabila ditanya kepada mereka yang rakan terdekat dengan pelajar bernama Karyna Alia binti Nor Ariffin pelajar Tingkatan 2 pandai di SMK Putrajaya Presint 9 (2).
Media Haria.
Beberapa pelajar sekolah agama bersama guru duduk sementara menantikan waktu solat...
HEBOH DI ALAM MAYA SEORANG BAPA TIDAK IZINKAN ANAKNYA MENGHADIRI KELAS KEAGAAMAAN!!!
Kecoh dan heboh mengenai seorang bapa telah mengutus surat kepada Pengetua sebuah Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9(2) yang dengan tegas dan keras memberitahu pengetua tersebut bahawa anaknya yang sedang menuntut di Tingkatan 2 sekolah berkenaan tidak diizinkan oleh beliau untuk menghadiri sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian yang di jalankan pihak sekolah seperti bacaan Yaasin dan Solat berjemaah.

Beliau menyatakan aktiviti-aktiviti seperti itu adalah menjadi tanggung beliau selaku bapa menjalankan tanggung jawab dengan memberi didikan asuhan agama dan sebagainya.

Omak Kau malas nak ulas lebih panjang lagi sekadar mampu menggelengkan kepala.
Posted by OMAK KAU!!!! at Saturday, November 16, 2013

Sunday, May 27, 2012
Didik Pelajar Bertakwa, N/Aziz Solat Bawah Pokok
Posted by Ibnu Hasyim 
MACHANG: Mendidik pelajar yang  bertakwa, itulah hakikatnya. Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada. Menurut weblog Ibnu Hasyim.

Harakah melaporkan, semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha. Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu. Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu. Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi. (IH/sumber Hrkh)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena