Wednesday, 21 January 2015

Polis Nafi Khabar Angin - Viral Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut di 1Borneo Mall...

Khamis, 22 Januari 2015
Polis Nafi Khabar Angin Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut
 Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut

KOTA KINABALU, 21 Jan ― Satu khabar angin mengenai seorang lelaki yang maut kerana terkena renjatan elektrik yang didakwa diakibatkan oleh sebuah kerusi urut di 1Borneo Mall di sini telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Melalui khabar angin yang tersebar itu, kerusi urut tersebut dikatakan tidak diselenggara dengan betul sehinggakan menyebabka ia tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, beberapa gambar kejadian turut diselit mengenai khabar angin tersebut.
 Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut

 Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut

Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh polis Kota Kinabalu memetik satu kenyataan dari laman Facebook rasmi polis cawangan berkenaan. Di dalam kenyataan tersebut juga polis daerah Kota Kinabalu turut menampilkan fakta tentang kejadian.
 Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut
Selain itu, seorang jurucakap dari 1Borneo turut tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut jurucakap berkenaan, lelaki berkenaan, yang juga seorang pengawal keselamatan terkena strok ketika bertugas sekitar jam 9 malam.

"Orang ramai yang berada berhampiram membawa lelaki berkenaan ke tempat yang lebih lapang memandangkan tempat lelaki itu jatuh sangat sesak. Mereka cuba menyelamatkannya dan memanggil ambulan, tetapi apabila bantuan sampai, dia sudah disahkan mati"

Khabar angin yang tersebar sebelum ini mendakwa lelaki berusia sekitar 60-an itu dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik dari sebuah kerusi urut yang didudukinya.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar. Dia tidak sihat dan kematiannya langsung tiada kaitan dengan kerusi urut", jelas jurucakap itu lagi. - Siakapkeli


Kita Bantai Dot Info


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena