SENGAJA cipta isu...ITULAH CIRI2 ameno !
SENGAJA cipta isu & cari punca utk berbalah sesama Islam, ITULAH CIRI2 ameno !!!
Pihak Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon menafikan kandungan surat berkenaan kerana tidak ada sebarang aduan daripada mana-mana komuniti bukan Islam tentang laungan azan. Laungan azan di masjid ini sejak dulu hingga sekarang berkumandang seperti biasa.
Oleh yang demikian diharap kenyataan ini dapat merungkai kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencari publisiti tanpa mendapat atau merujuk kepada sumber yang sahih. - Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon
Ini pula dari pihak Masjid sendiri..
Azan Subuh tidak dilaungkan di Pulau Pinang?.. Fitnah tu... baca nih!
Berapa puluh kali 'Azan Subuh' nak dijadikan modal fitnah oleh macai ni?.. beberapa tahun dulu dah kecoh 1Malaysia kononnya Pulau Pinang melarang Azan dikumandangkan, kali ni timbul lagi..
Free Malaysia Today melaporkan.. Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.

“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ.
“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.
“Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat.
“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya.
Itu kata macai...
Berikut adalah penjelasan dari PA Exco Hal Ehwal Agama Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang popular dengan pangilan Cikgu Zul yang dipetik dari Facebookbeliau..

Tadi saya menerima panggilan telefon mengadu kononnya Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon melarang azan kerana terdapat bantahan bukan Islam.
Pengadu mengaku mewakili sebuah NGO Melayu memaklumkan Pengerusi NGO itu ingin menemui Exco Agama untuk berbincang perkara itu.
Setelah didesak, beliau mengaku hanya mendengar tuduhan itu daripada pihak lain.
Walaupun saya cukup yakin, ia hanya "fitnah zaman tok nadoq," tetapi saya tetap menghubungi Pengerusi Masjid berkenaan, En. Abdul Aziz Mohd Shariff untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sambil berikhtifar panjang dan mengaku ia fitnah pihak tertentu, Aziz menjelaskan "PA Sistem" masjid bernilai hampir RM100k. 'Volumenya' tidak pernah diubah, sentiasa kuat setiap waktu solat.
Katanya, depa ni sengaja nak bagi kita orang Melayu berlaga ( bergaduh ) dengan Cina.
"Encik Zul, mailah melawat masjid kalau nak dengar laungan azan masjid kami," tambahnya.
Masjid At Taqwa adalah antara masjid yang aktif menjalankan aktiviti keagamaan.
Kebetulan, seorang kakitangan pejabat Exco Agama adalah anak khariah masjid At Taqwa. Beliau mengesahkan azan sentiasa berkumandang di masjid itu.
Seorang teman kemudiannya mengirimkan saya salinan surat aduan tentang perkara itu daripada sebuah NGO.
Setelah diamati, rupa-rupanya NGO inilah yang selalu berdemo kat Komtar dengan dua tiga kerat "pejuang Melayu."
Nasihat saya, carilah isu lain, untuk nak jadi jaguh Melayu di Pulau Pinang !
Wassalam...
Betullah Cikgu Zul kata tu.. carilah isu lain kalau nak jadi jaguh Melayu di Pulau Pinang...
Sudah-sudahlah mempergunakan agama untuk menabur fitnah wahai macai...
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment