Saturday, 31 January 2015

Polis siasat gambar Saravanan bawa pistol...Terima ugutan bunuh?

Sabtu, 31 Januari 2015
Polis siasat gambar Saravanan bawa pistol 
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 31 JAN 2015

Gambar yang menunjukkan pistol terselit di pinggang M. Saravanan
Polis sedang menyiasat gambar yang memaparkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan membawa pistol yang diselit dipinggangnya. Gambar tersebut menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, polis juga sedang meneliti elemen ugutan berikutan insiden itu dan telah merekodkan kenyataan daripada beberapa orang. "Kita sedang mengendalikan siasatan," katanya hari ini.

Foto yang memaparkan Naib Presiden MIC itu diambil pada Rabu lalu di ibu pejabat parti ketika beliau dan beberapa pemimpin lain dihalang memasuki bangunan tersebut. Mengulas perkara itu, Saravanan berkata, dia tidak menggunakan senjata api itu untuk mengancam sesiapa dan apa yang berlaku ialah butang baju kotnya terbuka sehingga menampakkan pistol yang dibawanya itu.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata, beliau mempunyai permit untuk membawa pistol sejak menjadi Senator pada 2003. Pada hari yang sama, Saravanan juga mendakwa menerima ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali. 
MalaysiaGazette Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena