Wednesday, 21 January 2015

Adilkah Blogger ProPakatan dihukum? Blogger BN ‘kebal’, dakwa Paulsen...

Rabu, 21 Januari 2015

Adilkah Blogger ProPakatan dihukum, ProBN Dibiar Bebas? -Jingga 13

Pengerusi Kordinator Jingga 13 Malaysia Faris Musa amat kesal dengan tindakan memenjarakan blogger Azimuddin Ahmat.
Beliau mendakwa, hukuman tersebut sebagai satu tindakan yang zalim dan bertujuan menganiaya blogger berkenaan.

“Tindakan memenjarakan Azimuddin selama tiga bulan juga tidak wajar,” tegasnya.

Beliau mendakwa tindakan itu sebagai usaha mengekang kebebasan bersuara dan internet oleh kerajaan UMNO/ Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap blogger dan aktivis proPakatan Rakyat tetapi pada masa sama membiarkan segala fitnah yang dilakukan oleh Blogger ProUMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azimuddin kini di penjara tiga bulan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel berkaitan kes bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Rais Yatim yang telah disalin ke dalam blog beliau.

Faris juga mendakwa tuduhan terhadap seorang penulis blog Milo Suam, Yusof Al Siddique Suratman yang dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan sebagai tidak masuk akal. Beliau kini akan meneruskan perjuangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Yusof didakwa di bawah Seksyen 505 (b), di atas tuduhan menimbulkan ketakutan ketika pencerobohan Sulu.

“Ini jelas satu pertuduhan yang jelek. Betapa tidak masuk akal undang-undang dimanipulasikan bagi mendakwa untuk memenjarakan seorang penulis blog atas sebab mencetuskan ketakutan.

“Jika menimbulkan ketakutan sahaja sudah boleh didakwa, adakah penulis novel dan pengarah filem yang jelas sengaja menimbulkan ketakutan juga perlu didakwa dan dipenjarakan,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan segala pertuduhan tersebut sebagai satu usaha terdesak bagi menekan kebebasan bersuara terhadap masyarakat khususnya blogger dan aktivis ProPR.

“Jingga 13 Malaysia yakin kedua-dua blogger yang juga merupakan ahli Sekretariat Jingga 13 Malaysia akan terus konsisten membongkar kerakusan penguasa UMNO dan BN,” tegasnya. -FMT 


Apa yang dimaksudkan hina mahkamah? – Isteri Blogger

Isteri kepada blogger Sharpshooter, Amizuddin Ahmat menyelar tindakan hukuman pemenjaraan suaminya oleh Mahkamah Persekutuan.

Amizuddin, kini di penjara tiga bulan di atas kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel yang disalin ke dalam blog Sharpshooter.

“Apa yang dimaksudkan menghina mahkamah, “ tanya Hamizah binti Che Amat, 44, ketika bersama-sama NGO Jingga 13 Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap hukuman ke atas Azimuddin

“Mengapa Rais Yatim hanya menyaman Amizuddin Ahmad sedangkan sebelum ini beliau mendakwa blogger lain ada mengeluarkan artikel terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia itu,” tambahnhya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau ditemani oleh peguam Eric Paulsen.

Jelasnya, blogger lain yang juga membuat kesalahan sama seperti suaminya itu adalah Irene Fernandez dan Rocky Bru.

Namun, beliau bangga dengan suaminya kerana membela nasib seseorang di blognya walaupun dianggap satu kesalahan.

Hamizah juga meluahkan kekecewaannya terhadap layanan pihak penjara yang didakwanya sebagai sangat teruk.

Beliau berkata, “Suami saya diberi makanan yang teruk seperti makanan ikan yang sudah berbau selain memberi air minuman di dalam baldi yang dikongsi seramai lima orang,”

“Selain itu suami saya juga tidak mempunyai air untuk menunaikan solat dan ini satu layanan yang teruk,” 
tambahnya.

Sementara itu, Eric pula berkata seharusnya pihak penjara yang sudah lama ada di Malaysia perlu memberi makanan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Bukannya memberi makanan yang selayaknya untuk kucing dan anjing seperti didakwa oleh Azimuddin kepada saya,” katanya.
 -FMT

Putrajaya amal pendakwaan terpilih, blogger BN ‘kebal’, dakwa Paulsen

Putrajaya didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih apabila hanya mengambil tindakan terhadap kumpulan pro pembangkang Pakatan Rakyat (PR), namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap kesalahan sama dilakukan kumpulan pro Barisan Nasional (BN), kata pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Paulsen berkata, perkara itu jelas apabila blogger pro PR, Milosuam dikenakan tindakan, sedangkan blogger BN seperti Papagomo dilihat kebal daripada dikenakan sebarang tindakan walaupun melanggar undang-undang.

"Blogger BN kebal, tapi bila blogger PR, buat satu kesilapan, habislah... satu standard untuk blogger pro BN, satu standard untuk blogger pro Pakatan,"
 kata Paulsen pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013.

"Kenapa ada perbezaan dalam undang-undang, pendakwaan 'double standard' terpilih?" kata Paulsen.

Paulsen berkata, mahkamah juga tidak seharusnya mengenakan hukuman maksimum terhadap Yusuf memandangkan beliau ialah pesalah kali pertama disabitkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan.

"Beliau pesalah pertama di Malaysia, tiada buku undang-undang mengatakan perlu memberikan hukuman maksimum," katanya.

Yusuf dituduh atas dakwaan "menyebabkan rasa takut" kerana menyiarkan artikel di blognya bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah".

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari, 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Kiram berkata matlamat mereka menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan. 
-TMI

Posted By Green Boc

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena