Saturday, 24 January 2015

P'raya Kerajaan Tempatan: "Teliti dulu kebimbangan Hadi" Khalid Samad membela PRESIDEN PAS...

Ahad, 25 Januari 2015

MP PAS: Teliti dulu kebimbangan Hadi


Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.

"Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik.

"Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum.

"Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.

Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut.

"Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.

Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

"Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya.
 
Malaysiakini
NGO syak Hadi jadi dalang 
Satu NGO yang mempromosi amalan urus tadbir baik mengesyaki PAS menjadi dalang di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor. 

Dalam kenyataan hari ini, Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) berkata mereka mengesyaki demikian selepas meneliti kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, yang mengaitkan pelaksanaan pilihan raya itu dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. 

Menurut CGG mereka bekerjasama dengan kerajaan Selangor dalam usaha itu sejak sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008. "Pilihan raya tempatan sepatutnya berlangsung di Petaling Jaya selepas bebrapa mesyuarat pada tahun 2011. 

"Namun, ia ditangguhkan atas alasan yang misteri. "Kenyataan Hadi menguatkan sangkaan bahawa PAS adalah halangan terakhir dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk mengembalikan undi ketiga ini," kata Pengerusi Bersama CGG, Jeffrey Phang. 

Hadi dalam kenyataannya semalam turut menyatakan bahawa cadangan pelaksanaan itu bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Ia dilihat sebagai timbal balas kepada tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud, atas alasan sama.
Posted by mountdweller

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena