Sunday, 25 January 2015

Tok Guru...

Ahad, 25 Januari 2015
Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara Tuan Guru Nik Aziz), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah Tuan Guru Nik Aziz pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) Tuan Guru Nik Aziz apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. 

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena