Saturday, 31 January 2015

Mustafa Ali terpaksa 'menelan balik ludahnya'? Dulu kita kata UMNO paling kuat main wayang...

Ahad, 1 Februari 2015

DULU KATA WAN AZIZAH TIADA KEBOLEHAN, SEKARANG MUSTAFA ALI CAKAP APA?

Mungkin ada yang kata tajuk ni pelik. Masa sudah berlalu, tak perlu ungkit. Lagipun Azmin Ali tu kaki terjah ala-ala Jokowi, Presiden Indonesia. Wan Azizah tak mungkin boleh terjun ke dalam parit atau berkejar membantu Kelantan meranduk air paras dada. 

Wan Azizah seorang perempuan yang serba tiada kebolehan. Kata Presiden PAS.

SUMBER ASTROAWANI

Hari ini Setiausaha Agong PAS pilihan Presiden PAS "memuji" Wan Azizah.

Subhanallah, Wan Azizah berkebolehan rupanya walaupun Anwar Ibrahim berada di dalam. Berani sungguh Mustafa Ali menentang pandangan Presidennya mengenai kebolehan Wan Azizah sebagai pemimpin.

SUMBER TMI

Mustafa Ali terpaksa menelan balik ludahnya setelah disindir oleh warga media sosial kerana kenyataannya:
SUMBER TMI

Seperti dijangka, Mustafa Ali menyalahkan media kerana "silap lapor."

Dulu kita kata UMNO paling kuat main wayang. Pemimpin-pemimpinnya asyik lok-lak. Tapi kini penyakit ini sudah berjangkit kepada pemimpin PAS. 

Selalunya penyakit berjangkit jika kita sering "in contact" (berhubung) dengan pembawa penyakit.

Oleh kerana itu Yong selalu ingatkan diri sendiri kerana Allah SWT telah memberi peringatan melalui FirmanNya:

Surah 49. Al-Hujurat, Ayah 11

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sudah pasti para agamawan lebih maklum tentang ayat di atas kan?


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena