Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!
BY STAFF BERITA SEMASA
Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia! Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai “stagnant”, sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.
Apa ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Politik dan Ekonomi)? Jawapan Prof Dr Hoo Ke Ping belum lagi tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam circle ekonomi…. Apa tanda-tandanya?
KLIK SINI : Bajet 2015 (Harga Minyak Dunia US$110). Sekarang US$66? Kerajaan Bakal Kurangkan Peruntukkan?
- Ringgit Malaysia terus jatuh merudum
- Bursa saham Malaysia merosot
- Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam tidak akan naik lagi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang
- Sekaligus nilai dan aset terus menurun
- Pendapatan Petronas merosot sekaligus mengurangkan lagi pendapatan kerajaan pada tahun sekitar 20%-30%
- Pendapatan dan kewangan kerajaan Malaysia “sudah lari jauh” dek kerana berpaksikan pendapatan harga minyak pada purata US$110 untuk tahun 2015. Sekarang berapa harga minyak dunia? .
- Harga sawit tidak berada pada paras rendah dan tidak akan lagi mencecah RM2,600 setan apatah lagi RM4,000 setan. Ini kerana era ekonomi “super cycle commodity” sudah lama berlalu, tidak akan terjadi lagi…FELDA akan susah hati.
- Ini kerana di era kenaikan nilai harga sawit, ekonomi China melonjak, nilai Dolar Amerika turun, masa itu juga kebanyakan komoditi naik dek kerana bekalan tidak mencukupi sehingga 2008
- Ditambah dengan tindakan George W Bush yang memberikan lebih banyak subsidi untuk tanaman jagung untuk penghasilan etanol sehingga menyebabkan bekalan soya bean berkurang. Akhirnya minyak sawit terus melonjak naik.
- Tetapi sekarang, bekalan soya bean telah mula meningkat naik sehingga menyaingi harga minyak sawit
Gambar : Sejarah Harga Sawit Satu Tan di Malaysia
Turun, turun, merosot. Ini bermakna pendapatan kerajaan akan turut berkurang. Berbanding sekitar kegawatan ekonomi yang teruk melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia pada 1997 yang mana pada ketika itu :
- pertumbuhan ekonomi negatif 7%
- bajet kerajaan banyak dipotong
- kadar pinjaman yang dikenakan sehingga 13%. Zero.
- selama tempoh 6 bulan berturut-turut, tiada kegiatan ekonomi berlaku
- ringgit Malaysia berada pada paras sekitar RM4.50 dan pernah mencecah RM5.00 untuk setiap dolar Amerika pada satu ketika
Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kejatuhan ringgit Malaysia yang berlegar RM3.58 untuk setiap Dolar Amerika pada hari ini hanyalah permulaan sahaja kerana ia akan terus jatuh lebih teruk daripada sekarang ini iaitu sekitar RM3.80 untuk setiap Dolar Amerika dan RM3 untuk setiap Dolar Singapura untuk tempoh 6 hingga 10 bulan daripada sekarang dek kerana faktor luar yang tidak terkawal sekarang ini.
- Dolar Amerika yang terus meningkat naik
- Nilai Yuan mula menurun
- Nilai Yen turun melemah
- Nilai ringgit Malaysia akan turun merosot
- Ditambah dengan hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 Bilion terlalu tinggi “sudah nyawa-nyawa ikan”
- “private investement” berdasarkan semakan Berita semasa terhadap data MIDA menunjukkan di sini, telah ada trend penurunan sejak suku 3 2014 lagi
- “Net exports been contracting even as RM merudum”. Dengan nilai ringgit Malaysia yang terus lemah pada ketika ini, berapa banyak yang boleh diperolehi daripada pasaran eksport negara?
- Hutang kerajaan Malaysia terlampau banyak menyebabkan keupayaan kerajaan untuk meminjam lagi semakin kurang
- Nilai ringgit Malaysia turun menyebabkan kadar pinjaman bon kerajaan turut meningkat
GAMBAR : Semak Tukaran Ringgit Malaysia & Prestasi Bursa Saham :
Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?Bersambung ke Bahagian II..
- 1BAHAGIAN I
- 2BAHAGIAN II
KONGSIKAN & SEBARKAN...
0 comments:
Post a Comment