Friday 23 January 2015

Menteri UmnoBN'...Sanggup 'tuduh' rakan dalam kabinet BN demi mempertahankan 'Raja Judi'...Apalah malangnya kau neh!

Sabtu, 24 Januari 2015
3 mins · 
 

KALAU TAK BELIT MENIPU, Bukan UMNO Namanya..

TERKINI.. Syed Hamid Albar pula tampil buat kenyataan yg beliau sendiri mantan KDN tidak pernah tulis surat kepada FBI.

Surat kurun keberapa yg dirujuk tu, adakah dari zaman empayar Melaka.. ka??.. Sanggup 'tuduh' rakan dalam kabinet demi mempertahankan 'Raja Judi'.. Hurmm ada apa-apa ke Zahid...?

ADAKAH Zahid Hamidi boleh dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ???

Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa..
Segala Kebatilan & Pembohongan akan terserlah...

Surat kepada FBI: Sesudah dikantoikan Hishamuddin, Syed Hamid Albar pulak kantoikan Zahid..


Apalah malangnya Zahid Hamidi kali ni.. minggu lepas sebab nak pertahankan tindakannya menulis surat kepada FBI, Zahid kata Menteri Dalam Negeri sebelum dia pun tulis juga surat macam tu..

Tapi Hishamuddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri sebelum Zahid menafikan apa yang di dakwa oleh Zahid tu..

Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak pernah menulis surat yang menyatakan sokongan untuk mana-mana individu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sekarang atau pada masa beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

"No. Saya tidak pernah menghantar surat sokongan kepada FBI, "katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Sesudah dihamput oleh seorang pengguna MyEG yang tidak berpuas hati di kompleks Imigresen semalam secara berdepan  (lihat di SINI )

Hari ini pulak seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri juga menafikan dakwaan Zahid itu..

"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," kata Syed Hamid Albar..

Kah.. kah.. kah.. tak patut sungguh depa tu.. Kesian kat Zahid.. Tolonglah cover sikit Zahid tu..


Laporan berkaitan..

Saya tidak pernah tulis surat kepada FBI

Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika beliau mengetuai kementerian berkenaan.

Syed Hamid bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun beliau tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.

"Surat kepada kerajaan asing itu perkara biasa, tetapi menulis surat kepada agensi saya tidak pernah buat, saya pembuat dasar.

"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," katanya, ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, beliau juga tidak mengingati sekiranya pernah melakukan tindakan sedemikian.

"Biasa kami tulis surat kepada kerajaan luar. Itu hak beliau sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya lagi, merujuk kepada isu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menulis surat kepada FBI berhubung status raja judi Paul Phua Wei Seng baru-baru ini.

Zahid pada minggu lalu berkata beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI dan ia pernah dilakukan menteri dalam negeri sebelum ini.

Bagaimanapun seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan minggu ini tidak pernah menulis surat kepada FBI lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena