Saturday, 31 January 2015

Kini NAJIB sebagai 'LIABILITIES KEPADA NEGARA'...

Sabtu, 31 Januari 2015

NAJIB - KINI SEBAGAI LIABILITIES KEPADA NEGARA

Keadaan dan kemampuan seseorang penulis sama ada di akhbar, atau masa ini di media sosial sentiasa ada orang perhubungan antara seseorang personal dengan rakyat tak kira lah sama ada pemimpin itu dari sesebuah parti mau pun dari badan-badan kesukarelaan NGOs. 

Apa yang terjadi pergesaran masa kini adalah antara laskar upahan. Lahirnya mereka ini apabila PM menyebut ada kalangan penulis blog dari UMNO seperti makan gaji buta atau pun ada kalangan mereka yang betindak seperti makan gaji buta, tikam dari belakang.


Pergesaran dua tentera ( laskar ) ini antara yang mengampu Najib dan ada yang bersedia untuk membetulkan kesilapan yang di lakukan Najib. Bagi A Kadir Jasin ( gambar ), Najib termakan dengan kebodohan laskarnya, mereka tidak lansung memberikan ingatan apa yang di lakukan oleh Najib. Kadir menggelarkan mereka sebagai " askar hingusan ", askar ini berdepan dengan team Kadir sendiri, Kadir menggelarkan diri mereka sebagai " sekarung garam " 


Selepas Najib sendiri memaklumkan beliau ditipu oleh " kumpulan hingusan ", bagi pengamal media dan pengundi sudah mengetahui kedudukan, mereka juga tahu peranan " laskar Hingusan ini menembak secara melulu dan mereka sedang berdepan dengan c4 yang di lontar sendiri oleh Kadir Jasin.
Bagi Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”
Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”.  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO". 


Pergeseran antara askar Najib dan A. kadir jasin memeperlihat dan mengesahkan Najib kini sedang mengendong " liabilties ", terbaiknya liabilities yang dikendong oleh Najib tidak di ketahui sejauh mana keburukanya jika di bandinkan dengan DSAI, Mustapha Ali atau Abang Mat Sabu.

Apa yang anehnya, tulisan Kadir dapat menyerlahkan " kehitaman " yang kini sedang di kendong oleh Najib. Najib juga tidak " bersih " Hakikatnya beliau semakin hari menyerlahkan " carried forward liabilities " . Kini Najib lebih menakutkan dengan liabilities tambahan masa kini, kerana ianya di bawa dan di dedahkan sendiri oleh orang dalam dan bukan pembangkang.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. Mereka yang berpenyakit seperti

 Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya ) Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti. 
Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena