Punca 88% Risau Duit dan Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup? Jatuh Miskin Selepas Bersara! Apa Kata Anda?
Punca 88% Risau Duit dan Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup? Jatuh Miskin Selepas Bersara! Apa Kata Anda? : Realitinya hari ini, 2 benda keperluan di Malaysia yang paling mahal dan paling membebankan sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan beban hutang yang sangat lama sehingga hampir seumur hidup mereka bagi membolehkan mereka “melepasi had kemampuan” untuk memiliki 2 benda keperluan tersebut lebih-lebih lagi rumah untuk tempat mereka berteduh di atas bumi yang dinamakan Malaysia.
2 Benda keperluan yang paling mahal dan membebankan ini tidak dapat tidak rakyat Malaysia terpaksa juga mencari jalan berusaha memilikinya meskipun harga yang ditawarkan untuk mereka mahal.
Malangnya, 2 benda keperluan inilah juga yang kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini tidak mampu mengawal “harganya” apabila mana “sistem hutang” yang dipraktikkan di Malaysia menyebabkan taikun-taikun dan kapitalis hartanah mengambil peluang semaksimum mungkin mengeksplotasikan sehingga akhirnya natijahnya berbalik kepada rakyat marhaen.
Wang Simpanan Hari Tuan Tidak Cukup VS Bebanan Hutang Kereta dan Rumah?
- Harga rumah sekarang langsung tidak dikawal.
- Kerajaan sendiri dilihat jelas memihak dan menjadi jurucakap kepada pemaju hartanah, bagaimana mungkin hak rakyat marhaen dapat dibela secara bersungguh-sungguh contohnya (LAPORAN BERITA DI SINI)
- Apabila menyentuh isu kereta pula, dasar kerajaan yang sebenarnya menekan & membebankan rakyat dengan system duti, AP dan sebagainya cumanya ianya tampak cuba dimudahkan untuk rakyat Malaysia memilikinya dengan system hutang yang longgar.
- Rakyat nampak “mewah” ada kereta dan rumah tetapi majoritinya hidup dan tinggal di atas hutang yang besar yang kemungkinan besar akan dilelong apabila tidak mampu membayar bayaran bulanan sehingga dilelong ataupun terpaksa terus-menerus menangung hutang sampai bersara
Hasil Laporan Kajian HSBC : Isu Duit dan Wang Simpanan Hari Tua?
Baru-baru ini berdasarkan semakan Berita Semasa laporan analisa dan kaji selidik yang dilakukan oleh pihak HSBC mendapati daripada mana-mana kalangan anda di sini rakyat Malaysia,
- 88% bimbang wang simpanan persaraan mereka tidak akan cukup kelak di hari tua. Setuju atau tidak?
- Lebih 45% mendapati kos sara hidup di Malaysia lebih pantas daripada pendapatan mereka selama ini sehingga menjejaskan keupayaan menyimpan mereka di hari tua kelak
- Rakyat Malaysia mula risau dengan tabungan mereka di masa hadapan apabila melihatkan ketidaktentuan ekonomi global di masa akan datang
- 23% menjangka tahap kehidupan ketika mereka bersara kelak lebih buruk daripada yang mereka hadapi sekarang ini
- 21% merasakan yang mereka perlu merancangan wang simpanan dan tabungan mereka pada umur sekurang-kurangnya 30 tahun atau lebih awal lagi jikalau mereka mahu mendapatkan tahap kehidupan seperti yang dinikmati hari ini
Jikalau tuan-tuan dan puan-puan masih ingat lagi, dahulu kita ada ditawarkan skim insuran bagi mengeluarkan KWSP untuk tujuan dilakukan skim pencen tetapi dihentikan serta-merta dek kerana terlalu ramai yang mengeluarkan caruman KWSP. Kerajaan Malaysia masih lagi dilihat “lemah” dalam memikirkan cara memaksimakan simpanan rakyat Malaysia di hari tua. Acapkali, kerajaan cukup takut apabila apabila melihat duit KWSP makin kurang…
Akhirnya dipulangkan dividen KWSP yang tidak seberapa kepada ahli. Ermmm….Apabila ditanya apa usaha KWSP untuk memaksima tabungan pencarum dalam EPF ini hasil idea mereka :
BACA SINI : Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF?
Jikalau gaji kecil, berapa sangat EPF boleh disimpan Gaji RM2,000 sepuluh tahun, EPF baru berapa?
- Pesta kenaikan harga barang di Malaysia acapkali berlaku
- Lambungan kenaikan harga rumah di Malaysia sehingga tidak terjangkau rakyat marhaen
- Harga kereta yang cukup mahal ditawarkan di mahal, “terima kasih” kepada pengenalan pelbagai cukai kepada pemilik kereta
Jadi, adakah cukup duit EPF semasa selepas anda bersara kelak?
0 comments:
Post a Comment