Wednesday 28 January 2015

SUA Pas: Anwar dipenjara kedudukan Pas dalam PR lagi kukuh...Benarkah Anwar masih relevan?

Rabu, 28 Januari 2015
Apa sudah jadi...??MCA sudah masuk PR...
Apa tjuan MCA ni...??tiba2 mcm nk bela PR
Semua ni aku npk agenda nk lumpuhkan PAS je..

Anwar dipenjara kedudukan Pas dalam PR lagi kukuh, kata Mustafa Ali?

mustafa-ali

Setiusaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Datuk Mustafa Ali (kiri) membidas tentang kontroversi isu hudud di Kelantan ketika sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Bukan isu besar jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepadanya pada 10 Februari ini.
Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata nasib Anwar juga tidak akan menjejaskan kedudukan Pas dalam PR malah ia akan menguatkan kerjasama politik mereka sebagaimana sewaktu Barisan Alternatif sebelum ini.
“Kedudukan Pas dalam PR lagi kukuh kalau Anwar dipenjarakan.”
“Soal Pas mahu keluar dari PR tidak berbangkit sebab masa dalam Barisan Alternatif pun Anwar tiada, masa itu ada Kak Wan…ada Azmin, kita bekerjasama dengan parti, bukan orang,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon semalam yang mengatakan Pas akan meninggalkan PR jika Ketua Umum PKR itu dipenjara pada 10 Februari ini apabila penghukuman rayuan kes liwatnya diketahui.
Beliau juga berkata Anwar merupakan tokoh yang mengikat pakatan itu walaupun kini ketiga-tiga komponen parti itu dilihat bertelagah sesama sendiri.
Terdahulu, isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang menjadi perbahalahan besar antara Pas dan DAP negeri itu yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat kritikan rakan komponen PR apabila tindakannya itu tidak mendapat restu dan persetujuan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti pembangkang itu.
Posted 01/28/2015 by Ana Ghoib in Berita Terkini
Anwar masih relevan, kata PKR kepada SUA PAS
Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015.  
Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015
Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Datuk Mustafa Ali hari ini yang mengatakan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) kukuh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Bekas setiausaha agung PKR itu mengingatkan PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan ketua umum PKR itu. "Isu Anwar bebas atau tidak tetap akan beri impak kepada Pakatan dan rakyat keseluruhannya, impak itu tetap relevan," kata bekas ahli Parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.

"Pada 2004, kita sudah lihat bagaimana hubungan antara parti dengan parti tidak memadai dan buktinya Barisan Alternatif (BA) tidak mampu diselamatkan dan isu negara Islam akhirnya menyebabkan perpecahan," kata Saifuddin yang juga pengarah pilihan raya PKR. Saifuddin juga membangkitkan prestasi parti pembangkang ketika itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin berkata, PAS tidak harus menafikan perkara tersebut dan membuat perbandingan dengan keputusan diperoleh PR pada 2008 dan 2013 selepas Anwar dibebaskan. "Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur. "Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular.” Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya. "Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan untuk alternatif rakyat, maka keputusan mahkamah nanti tetap sangat penting.

"Anwar adalah seorang personaliti yang kuat, beliau (Mustafa) tidak boleh keluarkan kenyataan simplistik sedemikian," katanya. Selaku pemimpin kanan, Saifuddin juga membidas Mustafa yang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak bijaksana. 

"Sebagai pemimpin senior, beliau (Mustafa) perlu keluar kenyataan yang lebih bijaksana," katanya. Jika PAS enggan mengiktiraf peranan ketua umum PKR itu, Saifuddin berkata, biarlah rakyat sendiri yang menilai dan mengiktiraf signifikan Anwar dalam arena politik negara. 

"Kalau benar PAS tidak iktiraf atau mengakui signifikan Anwar dalam politik dan negara, biarlah rakyat terbanyak dan pendokong reformasi di Malaysia terus berdoa demi pembebasan Anwar.” 

Mustafa hari ini pada satu sidang media berkata hubungan PR akan tetap menjadi lebih kukuh walaupun tanpa Anwar jika dihukum penjara. 10 Februari depan ialah keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena