Monday, 25 November 2013

Najib: Siapa suruh kau pakai lilin, orang suruh kau berjimat akan bil letrik tuu..!!!

Isnin, 25 November 2013

Bil elektrik rumah PM RM250 sejam?

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.
Takkan nak makan dengan cahaya lilin? Kata PM Najib Razak penuh bongkak.

Bukan kami suruh pakai lilin. Tapi kami suruh BERJIMAT. bil lektrik kamu pakai sebulan sejuta tu kami yang bayar. Pastu sedap sedap kata kami PENGKHIANAT kenapa?

Dah la bina kediaman perdana menteri guna wang pembayar cukai. Aleh2 semua tu rupanya SEWA???

Alahai.... kenapalah mereka ni dilantik jadi pemimpin..

Boleh gitu?

Aduhai Najib, Siapa suruh kau pakai lilin, orang suruh kau berjimat akan bil letrik tuu..!!!

PM: Takkan nak makan dengan cahaya lilin?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.

Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.

“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?,” katanya

Najib berkata beliau merupakan perdana menteri ketiga yang berpeluang untuk “menumpang” di kediaman rasmi tersebut.
“Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma,” katanya lagi.

Beliau mengulas pendedahakan kerajaan di Parlimen bahawa bil elektrik untuk Seri Perdana menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung RM2.2 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mendedahkan perkara itu berkata kadar tersebut masih merupakan kadar paling murah di dunia bagi sebuah kediaman ketua kerajaan.


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena