Friday 1 August 2014

Brigade Al-Qassam tawan seorang tentera Zionist berpangkat Leftenan & Pelancong Israel 'Diusir'

Sabtu, 2 Ogos 2014

Brigade Al-Qassam berjaya tawan sorang tentera Zionist berpangkat Leftenan


Hari ke 25 “Operation Protective Edge” yang dilancarkan oleh pihak Zionist telah menyaksikan angka kematian dipihak Gaza ialah 1458 manakala yang cedera akibat serangan yang tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionist lebih dari 8300 orang awam.

Dan sejak serangan darat digerakkan oleh Zionist menurut Brigade Al-Qassam mereka telah berjaya membunuh 131 tentera Zionist dalam pertempuran, angka tersebut menurut mereka tidak termasuk yang telah berjaya dibunuh melalui serangan mortar dan bom.

Hari ini pula sejurus sebelum gencatan senjata 72 jam yang dianjurkan oleh United Nation dan United States pejuang Brigade Al-Qassam telah berjaya membunuh dua lagi tentera Zionist dan menculik seorang pegawai berpangkat Leftenan.

Dalam serangan melalui terowong bawah tanah itu pejuang Brigade Al-Qassam telah bertempur selama 90 minit sebelum mereka berjaya menawan anggota Israeli Defence Forces (IDF) itu dan melarikannya melalui terowong.

Pihak Israeli Defence Forces telah menamakan pegawai mereka yang ditangkap oleh Pejuang Al-Qassam itu sebagai Leftenan Hadar Goldin, 23, dari Kfar Saba.

Manakala dua yang dibunuh oleh Pejuang Al-Qassam pula ialah Mejrr Benaya Sarel dan Liel Gidoni dari Brigade Givati.

Leftenan Hadar Goldin (Gambar atas) dikatakan mempunyai pertalian saudara dengan Menteri Pertahanan Israel.

Rentetan dari pertempuran itu pihak IDF telah mengistiharkan bahawa gencatan senjata telah tamat..

Berikut adalah laporan dari The Jewish Chronicle Online..


LOOK HOW MUCH FEAR THEY ARE IN. HOW WOULD YOU FEEL IF THIS WAS YOUR SIBLINGS AND MOTHER?! #GazaUnderAttack

Puluhan Pelancung Israel 'Diusir' dari Maladewa

Puluhan Turis Israel 'Diusir' dari Maladewa
Kompas.com
Male, Ibu Kota dari Maladewa.
  MALE — Para pelancung Israel diusir dari pulau wisata Maladewa setelah seorang warga Israel merosak sebuah sepanduk yang menyamakan bendera Israel dengan lambang swastika Nazi. Demikian Pemerintah Maladewa, Rabu (30/7/2014).

Akibat kerosakan itu, warga Pulau Thulusdloo, tak jauh dari ibu kota Male, mengadakan tunjuk perasaan sehingga sebanyak 30  pelancung Israel terpaksa dievakuasi dari pulau tersebut.

Pejgawai di pegawai presiden Maladewa, Mohamed Shareef, mengatakan, proses evakuasi  pelancung Israel itu dilakukan untuk keselamatan mereka sendiri. "Potensi insiden buruk terhadap mereka sangat besar sehingga kami harus mengevakuasi mereka," ujar Shareef.

Shareef mengatakan, Pemerintah Maladewa tidak melarang warga Israelmemasuki kepulauan itu, meski mengakui negeri itu menentang aksi kekerasan Israel di Gaza.
"Kami tidak melarang mereka datang. Namun,mereka harus ingat mereka mengunjungi sebuah negara dengan penduduk 100 persen Muslim. Dan kami mendukung Palestin  tanpa syarat," ujar Shareef.

Shareef melanjutkan, Pemerintah Maladewa telah mengambil sejumlah langkah untuk menunjukkan sikap mereka terhadap Israel.
Salah satunya, Pemerintah Maladewa telah menerapkan larangan terhadap barang-barang buatan Israel serta membatalkan tiga kerja sama dengan Israel di bidang kesihatan, pariwisata, dan pendidikan.

"Impot dari Israel sangat kecil, tetapi kami melarang impot sebagai satu langkah penentangan kami terhadap aksi Israel," tambah Shareef.
Sementara tiga kerja sama yang dibatalkan itu sebelumnya diteken pada 2009 oleh pemerintahan lama. Sejauh ini, ketiga kesepakatan itu masih berbentuk dokumen dan belum diimplementasikan.

Maladewa, yang dikenal dengan pantainya yang indah dan pulau-pulau karangnya yang tersembunyi, menarik jutaan pelancung setiap tahun, tetapi hanya sekitar satu peratus yang datang dari Israel. 
TRIBUNNEWS.COM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena