Saturday, 2 August 2014

Detik-Detik Jatuhnya Bom Israel Buatan Amerika Di Gaza...& Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel

Ahad, 3 Ogos 2014

Akhbar The Telegraph, menyiarkan detik-detik jatuhnya sebuah bom dari sebuah pesawat tempur F16 milik Israel ke wilayah penduduk awam Jalur Gaza. 

The Telegraph menyiarkan bahwa Israel sengaja menjatuhkan bom tersebut ke kawasan penduduk awam Palestin, puluhan warga dilaporkan tewas akibat pemboman tersebut.

Seperti dikutip The Telegraph dari seorang pakar tentera menyatakan bahwa rudal tersebut buatan Amerika Syarikat dengan harga satu rudalnya mencapai 25 ribu dolar. (Rassd/Ram/EM)

bom as 1
bom as 2



Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel

KUALA LUMPUR - Kekejaman rejim Zionis bukan hanya dikritik hebat oleh golongan belia dan dewasa, malah kanak-kanak turut menyuarakan bantahan melalui perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka. Padang dataran hari ini dibanjiri ratusan kanak-kanak di samping ibu bapa masing-masing sambil memegang poster dan sepanduk.

Tanpa mempedulikan terik matahari dan dahaga, mereka setia berhimpun sehingga ke upacara penutup. Bagi Solehin al Muhammadi, 9, dia hanya mampu berdoa agar kesemua rakyat Palestin dilindungi dari serangan tentera Israel.

 Dia yang merupakan kelahiran Palestin turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. "Apa yang dilakukan oleh mereka (Israel) tidak baik, ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh," katanya. 

Mohd Amri Nasir, 9, sanggup mengikut bapanya hanya untuk berhimpun menyokong penentangan terhadap Israel.

Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. "Israel telah menyerang Gaza selama berhari-hari, sudah ramai yang terkorban dalam serangan itu.

Israel sepatutnya berhenti dari terus menyerang penduduk di Gaza," katanya kepada Sinar Harian Online. Nur Amira Shuhada Mohd Zamri, 10, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel.

"Seperti Malaysia, Palestin juga berhak untuk hidup aman tanpa perlu berperang untuk mempertahankan negara mereka dari kuasa luar. Kita kena terus sokong Palestin untuk terus pertahankan negara mereka," katanya.

Posted & copy by Rakyat Marhaen

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena