Friday 8 August 2014

Kereta Peronda Mewah: Berpesta Ria JPJ Sekarang...Rakyat ditekan disuruh berjimat?

Jumaat, 8 Ogos 2014
Berpesta Ria JPJ Sekarang...
Gambar: Untung la... Rakyat ditekan disuruh berjimat, subsidi rakyat pula DIPOTONG & DIMANSUHKAN

Tetapi... kerajaan dgn selamba bole berbelanja mewah. Adakah satu keperluan membeli kenderaan tersebut di kala HUTANG KERAJAAN BN SEMAKIN BERTAMBAH SABAN TAHUN, ekonomi negara tidak menentu & kos sara hidup rakyat semakin meningkat ???

Yang peliknya kenapa kenderaan polis tidak semewah sebegini... Di M'sia kes mana yg lebih membimbangkan dan bermasalah samada yg berkaitan dgn polis atau JPJ ??? Cuba fikir2kan

SEJARAH TIDAK MENIPU, ANDA sendiri tahu SETIAP TAHUN KETIRISAN, PENYELEWENGAN & KEBOROSAN OLEH KERAjaan berbelanja di sesebuah jabatan PASTI AKAN BERLAKU !!!

Suara Rakyat
Untung la... Rakyat ditekan disuruh berjimat, subsidi rakyat pula DIPOTONG & DIMANSUHKAN

Tetapi... kerajaan dgn selamba bole berbelanja mewah. Adakah satu keperluan membeli kenderaan tersebut di kala HUTANG KERAJAAN BN SEMAKIN BERTAMBAH SABAN TAHUN, ekonomi negara tidak menentu & kos sara hidup rakyat semakin meningkat ???

Yang peliknya kenapa kenderaan polis tidak semewah sebegini... Di M'sia kes mana yg lebih membimbangkan dan bermasalah samada yg berkaitan dgn polis atau JPJ ??? Cuba fikir2kan

SEJARAH TIDAK MENIPU, ANDA sendiri tahu SETIAP TAHUN KETIRISAN, PENYELEWENGAN & KEBOROSAN OLEH KERAjaan berbelanja di sesebuah jabatan PASTI AKAN BERLAKU !!!
Suara Rakyat

Berpesta Ria JPJ Sekarang Dengan Kereta-Kereta Peronda Mewah Mereka


Posted by Era pasca0 341 comments
 5 0Delicious0 1120
Korang dah pernah nampak kereta-kereta peronda JPJ yang baru? Pernah tahu apa yang peronda-peronda JPJ tu buat selain daripada bila tiba musim perayaan, mereka akan letak kereta pacuan empat roda mereka di tepi jalan dan dua orang anggota akan duduk di bawah khemah sambil membelek-belek telefon masing-masing?

Adakah kenderaan-kenderaan 'baru' JPJ itu sememangnya kenderaan-kenderaan baru atau ianya hanya dicat baru? Berapakah sebut harga yang telah diterima? Siapakah pembida yang berjaya dan berapakah unit penghantaran serta jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan UMNGOK kepada pembekal? Syarikat manakah yang berjaya dan apakah hubungan pemilik syarikat tersebut dengan UMNGOK?

Yang pasti, di bawah pentadbiran UMNGOK, tiada keperluan mengecat baru sebaliknya yang dibuat ialah menukar keseluruhan kenderaan kepada kenderaan baru dengan sebut harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Alasan yang akan diberikan nanti ialah, kenderaan-kenderaan untuk kegunaan agensi kerajaan mempunyai spefikasi yang berlainan berbanding kenderaan awam, walaupun sebenarnya kenderaan-kenderaan agensi itu hanya dibawa melaram.



Dari pemerhatian, kebanyakan kerja-kerja penguatkuasaan di jalanraya mahupun di lebuhraya, lebih banyak dibuat oleh PDRM. JPJ sekadar merambu ke sana ke mari dan sesekali buat operasi sekatan bersama-sama PDRM, Jabatan Alam Sekitar, AADK dan kadang-kadang bersama Jabatan Imigresen. Selebihnya, JPJ ibarat APMM dalam penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.

Bajet besar yang diberikan kepada JPJ, seharusnya dikurangkan kerana bebanan kerja mereka tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan PDRM. Lebih baik sekiranya bajet besar kepada JPJ itu dipindahkan kepada PDRM yang kebanyakan kereta-kereta peronda PDRM, lebih layak dibuat sarang ayam daripada menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang.

Malah lebih baik lagi kalau setiap kereta peronda PDRM dilengkapi dengan kamera di mana semua prosedur saman, perlu dibuat di hadapan kamera tersebut yang merakamkan setiap aksi anggota-anggota peronda bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah runcit.



Itu belum lagi melibatkan polis marin yang menjalankan penguatkuasaan di perairan negara.

Sekarang ini, banyak sangat rungutan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan PDRM terutama sekali dalam pembanterasan jenayah. Tidak dapat tidak, antara punca utama kegagalan PDRM ialah peralatan yang digunakan sudah terlalu usang, manakala bajet besar pula diberikan kepada agensi-agensi yang suka merambu-ramba seperti JPJ.

Kalau setakat nak menayang kereta-kereta baru tetapi mutu kerja pula sekadar hanya pandai mengeluarkan saman dan mengutip duit saman, lebih baik rentikan ler!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena