Wednesday, 13 August 2014

Kritik Hadi, Ahli Exco Pemuda PAS letak jawatan...

Rabu, 13 Ogos 2014

Ini Baru Gentleman!

Ini pernah aku lakukan ketiga aku giat berorganisasi satu waktu dulu
Untuk apa jawatan sekiranya berlawanan dengan prinsip dan pegangan kita?

Tapi yang menjadikan ko ni mentah adalah menegur di dalam fb. 
Kalau tegur dalam mesyuarat atau berdepan, depa tanak dengak jugak boleh ko belah.
Barulah dinamakan cerdik!

Kritik Hadi, ahli exco Pemuda PAS letak jawatan 
mk - 1:27PM - 13 Aug 2014

Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi (bawah) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena