Friday 1 August 2014

Pergaduhan Besar di Taman Bayu Perdana Klang malam tadi...Jangan sebar maklumat salah...

Jumaat, 1 Ogos 2014

10 Lelaki Tetak 6 Pelanggan Siber Kafe...

Klang – Satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta Cina di kawasan berkenaan.

Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Berikutan kes ini, orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan mengaitkan kejadian pergaduhan ini dengan isu politik seperti mana yang sedang tersebar di laman sosial.

Berikut adalah laporan polis berhubung insiden tersebut.

Pengesahan di semua Balai Klang, Pandamaran, Port Klang, MPV dan Petugas PC di HTAR memaklumkan tiada insiden seumpama itu.

Dalam tempoh terdekat cuma terdapat satu insiden gaduh seperti mana KlangbReport No 26257/14 iaitu pada 31 Jul 2014.

Lebih kurang pada jam 0450 bertempat di Viral Net (cyber cafe) di alamat No 290, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang. 6 lelaki Sabahan (Bugis) cedera kena tetak dengan lebih kurang 10 lelaki India.

Daripada 6 orang tersebut,  4 cedera parah dalam ICU. 2 lagi stabil.

Ada seorang budak lelaki berumur 15 tahun turut cedera sekali tapi stabil. Seramai 6 OKT berjaya ditahan untuk siasatan.

Dipercayai ianya adalah tindakbalas ekoran insiden tersebut. Setakat ini dipercayai sebaran maklumat FB adalah tidak benar. Pemantauan dan perkembangan diikuti. Sumber
Tikaq buluh.

Polis Selangor tahan 6 penyerang pusat siber



MANGSA yang ditetak sekumpulan penyerang dalam keadaan koma dengan seluruh badannya dibalut untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Shah Alam: Enam lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di sebuah pusat siber di Taman Bayu Perdana di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, enam lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun cedera parah akibat ditetak ketika sedang bermain permainan online di pusat siber berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, enam suspek terbabit ditahan di sekitar Klang dalam operasi besar-besaran dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Semua enam lelaki yang cedera parah berasal dari Sabah dan motif kejadian tiada kena-mengena dengan soal perkauman ataupun agama, sebaliknya ia dipercayai akibat dendam.

"Saya minta orang ramai agar tidak panik dengan khabar angin yang disebarkan menerusi WhatsApp serta media sosial itu kerana polis akan memburu dan menyiasat individu tidak bertanggungjawab terbabit," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini. 

Katanya, mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. 
BLM.


Pergaduhan Besar - Jangan Sebar Maklumat Palsu

Klang – Satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta
Cina di kawasan berkenaan.
Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak.
Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Berikutan kes ini, orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan mengaitkan kejadian pergaduhan ini dengan isu politik seperti
mana yang sedang tersebar di laman sosial. -ST-

Di wassap ;
1. Mesej berantai mengaitkan pergaduhan tersebut dengan elemen2 political.
2. Kronologi mengarut macam nak membangkitkan semangat perkauman.
Mohon korang yang menerima mesej2 tersebut berpada2 la. Jangan main serap semua sebagai fakta dan membuta tuli p sebarkan pula. Apa guna akal? Kalau hal2
macam neh pun tak reti nak berfikir?
Hadoi. ~soscili

Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh kanak-kanak ditetak

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

"Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena