Saturday, 16 August 2014

Tiada Istilah "UG" ianya propaganda yang dicanang oleh media UMNO

Ahad, 17 Ogos 2014
Tiada Istilah "UG"...

"JANGAN HARAP NAK BERGABUNG DENGAN UMNO ! KALAU UMNO NAK BERSATU DENGAN KITA, BUANG KEBANGSAAN TERLEBIH DAHULU... AMBIL ISLAM ! SELESAI MASALAH... TAK PERLU NAK BERITAHU, BAGI KERUSI MENTERI KE, 3 KERUSI KE, 4 KERUSI KE, 10-15 kerusi ke... INI CARA JAHILIAH BUAT KERJA... BUKAN CARA ISLAM..." [Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]



*dah 54 tahun, dan sejarah politik tanah air telah melakarkan bagaimana kotornya politik UMNO, pengkhianat dan mengkhianat, maka realitinya takkan boleh bergabung, bak kata TGNA "54 tahun kita lawan UMNO, ketika UMNO dah hampir karam kita nak pergi tolong buat apa?"

KETAHUILAH ;
Tiada Istilah "UG" ianya adalah salah satu propaganda yang dicanang oleh media UMNO, logiknya ialah semua media utama di kuasai oleh UMNO, malah medium FB-alam cyber juga dicemari dengan cybertrooper mereka yang licik (blue wave army)

"sumber soheh"

BERITA HARI INI !
"sumber soheh" 

pada yang suka sangat kena santau dengan TV1-2-3, berita harian, facebrooker, cybermillioner dan sekutu dengannya tu elok lah hentikan ... carilah berita tepat dari sumber yang dipercayai




[Sekadar Pendapat Penulis]

PAS tuntut kerusi MB, Sultan perkenan?

OLEH: : AMIRULMUKMININ

Walaupun kebanyakan pemimpin PAS Pusat berikrar tidak akan
meninggalkan Pakatan Rakyat tetapi strategi parti itu dalam krisis
penukaran MB Selangor seolah-oleh menzahirkan niat mereka untuk
membentuk kerajaan bersama Umno

Terbaharu, melalui pesanan WhatsApp tersebar berita yang didakwa
diterbitkan oleh PAS Selangor. Pesanan itu menyebut Presiden PAS Hadi
Awang dipanggil menghadap sultan Selangor. Dalam pertemuan itu sultan
memberitahu tidak bersetuju dengan calon MB Dr Wan Azizah. Sultan
meminta PAS menamakan calon daripada parti tersebut. Hadi menolak dan
berkata kerusi MB adalah milik PKR.

Perkara kedua yang terpapar dalam pesanan itu adalah pertemuan Anwar
dan Hadi di Terengganu pada 11 Ogos lalu. Dalam pertemuan itu Anwar
didakwa membawa surat untuk Hadi menandatanganinya bagi mencalonkan
Azizah sebagai MB. Hadi menolak dengan alasan tidak mahu melawan
kehendak sultan.

Kedua-dua perkara itu didakwa diterangkan dalam perjumpaan Adun-Adun
PAS Selangor bersama kepimpinan PAS Pusat pada 15 Ogos lalu.

Kelucuan hujah

Bagaimanapun, dua perkara tersebut kelihatan lucu sekiranya benar Hadi
bertemu Sultan. Ketika bertemu sultan Hadi berkata kerusi MB milik
PKR. Bermakna Hadi tidak akan campurtangan  dan memberi PKR sepenuh
kuasa menentukan calon MB. Tentunya beliau tidak akan menyokong Khalid
sebagaimana yang telah dilakukannya. Ketika bertemu Anwar pula Hadi
berkata tidak mahu melawan titah sultan. Bermakna Hadi tidak mahu
menyerahkan kerusi MB kepada PKR dan mahu calon dari PAS.

Adakah presiden PAS mempunyai masalah ingatan dan suka berbolak balik
dalam membuat keputusan? Jika inilah yang diterangkan kepada PAS
Selangor maka wajarnya Adun Hulu Kelang dan Morib meninggalkan PAS.
Mereka tentu tidak tahan dengan lawak jenaka yang tidak berpenghujung
itu.

Sekiranya benar PAS cuba merebut kerusi MB maka janji Setiausaha
Agungnya Mustafa Ali yang telah dilafaskan sebanyak tiga kali kepada
media bahwa kerusi itu milik PKR hanyalah mainan politik belaka. PAS
yang dianggotai ulama akan menjadi parti yang tidak boleh dipercayai.

Pertemuan dengan sultan jika benar berlaku tidak sepatutnya dijadikan
asas kepada calon MB. Mengikut kelaziman, sultan merupakan kuasa yang
paling tinggi tidak akan meminta calon dari mana-mana parti,
sebaliknya calon MB akan dipersembahkan kepada baginda dan akan
dilantik sekiranya baginda bersetuju.

Pertemuan dengan sultan dan titah baginda sepatutnya diberitahu oleh
Hadi kepada Majlis Presiden Pakatan. Kemudian PAS boleh mencalonkan
sesiapa yang diingininya. Namun semua itu tidak berlaku. Sebaliknya
Khalid dibenar bertemu sultan pada 11 Ogos dan PAS terus menyokong
beliau walaupun PKR dan DAP telah menarik sokongan. Hal itu
menunjukkan komplot antara Hadi dan Khalid.

Namun perkara yang mungkin sekali berlaku ialah sultan tidak meminta
calon dari PAS tetapi terdapat pihak dalam PAS yang sengaja
mengeluarkan berita palsu mengenai permintaan itu.

Begitu juga dengan pertemuan Anwar dan Hadi. Anwar tidak membawa surat
menyokong Azizah. Mengikut sumber dari PKR, Hadi banyak mempersoalkan
Anwar dalam pertemuan itu. Antaranya Anwar dituduh menjadi punca
huru-hara politik di Malaysia, PR kalah dalam PRU 13 kerana Anwar
tidak menerima PAS mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Perdana
Menteri, sokongan Melayu terhakis akibat Anwar dan sebagainya.

Setelah 20 minit, Anwar mencelah berkata, kunjungan beliau ke
Terengganu untuk berbincang mengenai isu Selangor. Namun Hadi tidak
lagi mengendahkan Anwar dan perbincangan seterusnya hanya berlaku
antara Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan rakan sejawatnya Saifudin
Nasution.

Hadi tidak pernah menyatakan perihal permintaan sultan kepada Anwar
sebagaimana yang diperkatakan dalam taklimat PAS Pusat kepada PAS
Selangor.

Calon MB baharu daripada PAS tidak sepatutnya timbul apabila semakin
hampir tarikh AJK PAS Pusat bermesyuarat. Perihal permintaan sultan ,
jika ada, seharusnya diberitahu lebih awal. Memberitahu pada waktu
yang amat lewat, sehingga 15 hari selepas pertemuan tentunya akan
menimbulkan prasangka.

Membeli masa

Pendedahan seperti itu seolah-olah bertujuan menghasut golongan
profesional PAS agar bersetuju dengan puak ulama untuk tidak mengundi
menyokong pencalonan Wan Azizah. Mereka membuka medan perdebatan baru
dengan usul calon PAS sebagai MB.

Perbuatan seperti itu menyebabkan lebih banyak masa diperlukan apabila
ketiga-tiga parti komponen Pakatan perlu bermesyuarat semula, berdebat
dan mungkin menangguhkan keputusan berminggu-minggu lamanya.

Tidak dapat dinafikan usaha kelompok UG dalam PAS yang menimbulkan isu
sultan di saat akhir ini adalah untuk membeli masa (buying time).
Sebelum ini Umno berusaha melakukannya selepas Khalid memberitahu
sultan beliau mempunyai majoriti cukup di DUN.

Bukan untuk Khalid kekal berkuasa tetapi untuk memerintah sehinga dua
bulan dan memberi kelebihan kepada BN untuk bersedia menghadapi
pilihan raya negeri. Sebaliknya berlaku apabila Wan Azizah mendapat
sokongan majoriti 30 Adun dan bermakna game over bagi Khalid.

Maka pelan B menggunakan puak UG PAS pula dilakukan menggunakan nama
sultan. Tujuannya agar Pakatan mengambil beberapa minggu untuk
membahaskan calon MB. Selepas persetujuan dicapai, tiba-tiba DUN
dibubar oleh sultan. Maka tanpa persediaan dan mengalami luka parah
akibat bergaduh sesama sendiri, tentulah BN akan menang mudah di
Selangor.

Apakah yang cuba dibuktikan oleh puak UG dalam PAS? Mereka berkuasa
memecahkan PR? Adakah dengan cara itu Umno akan menyokong hudud di
Kelantan. Jangan harap. PAS yang lemah tidak akan digeruni Umno. Malah
dalam PRU 14 dijangka PAS tidak akan berupaya bertahan di Kelantan
dengan corak politik adu domba yang dilaksanakannya hari ini. Apakah
hala tuju puak UG selepas itu?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena