Panggilan Penjara Sungai Buloh semakin dekat
Anwar, RM3 Bilion dan 16 September...
From Edwin Michael, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak via email
Sudah pelbagai analisis telah dibuat melibatkan krisis politik di negeri Selangor.
Namun, persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor?
Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini.
Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya.
Dan jelas kelihatan buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu.
Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi.
Menteri Besar Incorporated
Andaikata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor, secara langsung Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan berada dibawah kawalan Wan Azizah atau dalam erti kata lain akan berada dibawah kawalan Anwar Ibrahim.
Apa istimewanya MBI ini?
Tentunya keistimewaan MBI ini adalah terletak pada dana yang bernilai ratusan bilion ringgit.
Jika dana ini dapat dikuasai oleh Anwar Ibrahim maka jalannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin luas.
Langkah Kajang merupakan perintis kepada segala kekusutan ini.
Sebaik Wan Azizah menjadi Menteri Besar, sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim akan mula mengatur strategi untuk memujuk dan membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.
Dalam konteks ini, Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.
Andaikata, jika seorang ahli parlimen ditawar sekitar RM50 juta sekali pun, kos keseluruhan hanya mencecah RM1.5 bilion. Dana MBI sememangnya kukuh untuk menanggung kos ini. Sokongan Barisan Nasional untuk Khalid. Namun, Perdana Menteri dan Barisan Nasional khasnya tidaklah sebodoh itu untuk biarkan semua ini terjadi.
Maka, strategi Barisan Nasional pula adalah untuk terus menyokong penuh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini dituduh derhaka dan layak ke neraka oleh Parti Keadilan Rakyat itu sendiri.
Andaian ini dikukuhkan kerana jelas kelihatan media regim Barisan Nasional turut memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Propaganda ini menimbulkan sentimen simpati pada Menteri Besar dan kebencian pada Anwar Ibrahim.
Permainan sentimen ini pula amat penting buat regim kerana ini bakal menjadi senjata kuat mereka sekiranya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.
Potensi untuk Barisan Nasional merampas kembali Selangor juga tinggi apabila Najib Razak kini kelihatan lebih berkredibiliti selepas kejayaannya memujuk pemberontak puak pro Rusia untuk menyerahkan kotak hitam MH17 dan pada masa yang sama kredibiliti Anwar Ibrahim yang merudum kerana kegilaannya untuk menjadi raja nepotisme.
Jika Tan Sri Khalid Ibrahim mengundur diri dan memberikan ruang kepada Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar, maka keseluruhan masa depan rakyat Selangor dipertaruhkan untuk memastikan Langkah Kajang ini dicapai. Persoalan terakhir mengapa Anwar perlu lakukan semua ini?
Sungai Buloh memanggil
Ini kerana panggilan penjara Sungai Buloh semakin dekat. Hanya satu cara sahaja untuknya melepaskan diri daripada sabitan kes mahkamahnya iaitu membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menggunakan wang rakyat Selangor dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ‘pintu belakang’.
Ini seterusnya merealisasikan impian 16 September yang dicetuskan oleh dirinya sendiri.
Maka jelas daripada awal lagi mengapa PAS membangkang setiap langkah Anwar Ibrahim ini. Ini soal amanah rakyat. Ini soal integriti.
Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan bersuhabat dengan Anwar Ibrahim, serangan moral dilancarkan oleh Rafizi Ramli.
Realitinya, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah kambing hitam kepada keseluruhan wayang kulit Anwar Ibrahim ini.
FMT.
0 comments:
Post a Comment