Thursday, 11 September 2014

Menggelabah! Kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan...500 diserap, 300 lagi belum tau!

Khamis, 11 September 2014

800 KAKITANGAN BPP ( PINJAMAN PERUMAHAN) MENGELABAH? APAKAH PUNCANYA...

Kakitangan BPP masih tertanya-tanya nasib sebenar mereka


JAMINAN Kementerian Kewangan tiada kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dibuang kerja apabila agensi itu dimansuhkan belum cukup untuk melegakan buat 800 orang kakitangan tersebut.

Ini kerana dalam kalangan kakitangan BPP dimaklumkan bahawa hanya 500 orang kakitangan akan diserapkan ke entiti baru dan nasib baki 300 orang lagi belum diketahui menyebabkan mere tertanya-tanya apakah sebenar kedudukan pekerja selepas entiti baru ditubuhkan
.

Menurut kakitangan BPP, ada kakitangan yang bertanya mengenai perkara tersebut kepada ketua-ketua bahagian namun jawapan yang diterima tidak memberangsangkan.

"Moral penjawat awam terutama yang berstatus kontrak sekarang memang jatuh. Banyak sangat maklumat sampai tidak tahu mana yang betul atau tidak.

"Apa salahnya semua kakitangan diberi penjelasan mengenai cadangan pemansuhan BPP dan entiti baru itu.

"Jika penjawat-penjawat awam yang lain tidak puas hati dengan pemansuhan BPP, kami di BPP pula risaukan nasib kami," menurut kakitangan agensi itu kepada MalaysiaGazette.

BPP yang kini mengendalikan kira-kira 1.2 juta pinjaman perumahan penjawat awam bakal digantikan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebuah entiti baru bertaraf badan berkanun.

Penubuhan entiti itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sambil mengakui proses itu sedang dilakukan oleh sebuah perunding.

Spekulasi pemansuhan BPP itu didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) selepas mendapat maklumat daripada BPP sendiri.


Cuepacs mendakwa kerajaan tidak telus dan berahsia berhubung penubuhan entiti baru itu kerana dibuat tanpa berbincang atau mendapat pandangan kesatuan yang mewakili 1.5 juta penjawat awam.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, perjumpaan dengan Cuepacs akan dibuat selepas rang undang-undang mengenai entiti itu dipersetujui.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena