Tuesday 2 September 2014

Muktamar PAS ke-60 di Sutera Mall, Skudai bertukar lokasi ke Batu Pahat...Tekanan pihak PBT!

Selasa, 2 September 2014

Muktamar PAS ke-60 bertukar lokasi ke Batu Pahat

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang dijadualkan di Sutera Mall, Skudai akan bertukar lokasinya ke Batu Pahat, dalam parlimen Sri Gading.

Penolong Setiausaha Agung 2, Khairul Faizi Ahmad Kamil, perubahan tersebut dilakukan kerana pemilik tanah Sutera Mall itu bertindak memulangkan semula cek bayaran deposit yang telah dibayar sebelum ini.

"Walaupun pada peringkat awalnya, semuanya berjalan lancar sama ada dengan pemilik tanah mahupun pihak polis, saya percaya mereka mendapat tekanan daripada pihak tertentu yang akhirnya memulangkan kembli cek bernilai RM75,000," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, hari ini.

Beliau turut menjelaskan tentang laporan Buletin Utama berkenaan kononnya PAS tidak membayar jumlah yang dikehendaki adalah tidak benar, sebaliknya telah berbuat demikian dengan wang pendahuluan sebanyak RM75,000.

Khairul Faizi yang jelas kesal dengan perubahan tersebut, bagaimanapun memberi jaminan bahawa muktamar tetap akan diadakan di Johor walaupun terpaksa memulakan kerja dari awal.

"Lokasi yang dipilih ini lebih kurang 100 km dari tempat asal. Ia merupakan tanah persendirian ahli PAS seluas enam ekar. Dan hari ini bermula kerja-kerja meratakan tanah untuk membolehkan muktamar diadakan," kata beliau lagi.

Ketika ditanya tekanan tersebut datangnya dari pihak mana, Khairul Faizi berkata ia bermula dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini, tapak asal di Sutera Mall menjadi lokasi utama muktamar PAS, selain Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Manakala, Muktamar Pemuda PAS diadakan di Kota Tinggi dan Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Johor. -HARAKAHDAILY 2/9/2014     

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena