Sunday 16 November 2014

Gila, Azmin masuk longkang!...

Ahad, 16 November 2014

Foto Azmin Ali Buat 'Kerja Gila' Lagi Di Selangor




Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali Terjah dan Musnah Kawasan Aedes Kg Tengah Simpang Tiga Gombak, pagi tadi. Ramai yang tercenggang, terpersona, tersilau, terpukau dan kagum kaget akan kesungguhan Dato' Menteri Besar Selangor dalam membuat misi terjah dan musnah aedes ini. 

Manakan tidak .. dia sanggup terjun longkang melakukan pembersihan seorang diri dengan menggunakan tulang empat kerat sedangkan yang lain bertindak tukang perhati dan berlagak menjadi mandor.

Ikut akal logik sepatutnya kerja pembersihan longkang sebesar ini yang tersumbat dilakukan dengan menggunakan jentolak pemuat jengkaut tetapi Azmin boleh melakukan seorang diri tanpa bantuan tenaga lain termasuk jentolak. 

Disitulah kehebatan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali. .. Lagak kerja ini perlu diberikan sanjungan, julangan dan pujian. 

Paling hebat dan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali ialah membuat kerja kotor dengan tulang empat kerat seorang diri tetapi pakaian masih bersih .. bab itu tiada pemimpin lain boleh lawan. 


- omakkau
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena