Saturday 15 November 2014

Siapa jadi barua Amerika? Fahmi Zainol kena tengking di Forum Pelajar USM...

Ahad, 16 November 2014
Photo: Adakah ini hasil yg dibayar sebanyak RM76.8 JUTA kpd Tuan Penasihat APCO oleh KERAjaan UMNO/BN !!!

MASIHKAH ANDA INGAT kata Nazri Aziz..
"APCO ditugaskan bagi mendekatkan M'sia dgn Amerika Syarikat"

Siapa  yg tergila2 ikut jadi barua Amerika ???

TANPA UMNO SIAPALAH ISRAEL.. Hidup UMNO !!!
Adakah ini hasil yg dibayar sebanyak RM76.8 JUTA kpd Tuan Penasihat APCO oleh KERAjaan UMNO/BN !!!

MASIHKAH ANDA INGAT kata Nazri Aziz..
"APCO ditugaskan bagi mendekatkan M'sia dgn Amerika Syarikat"

Siapa yg tergila2 ikut jadi barua Amerika ???

TANPA UMNO SIAPALAH ISRAEL.. Hidup UMNO !!!

Fahmi Zainol Kena Marah, Tengking Di Forum Pelajar USM


Pengawal keselamatan kampus dan sekumpulan tukang sorak mengganggu forum pelajar menampilkan pemimpin pelajar Fahmi Zainol di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.


Penganjur program, presiden Barisan Pelajar Progresif USM Lee Chung Lun baru mula berucap di hadapan Kompleks Cahaya Siswa di kampus itu jam 2.30 petang tadi apabila pengarah keselamatan universiti Prof Madya Dr P Sundramoorthy menahannya daripada meneruskan ucapan.

Sundramoorthy memberitahunya forum itu tidak dapat dibenarkan kerana kumpulan mahasiswa itu tidak mendapat keizinan universiti.

"Saya nasihatkan kamu bersurai. Bagi mengadakan perhimpunan seperti ini dalam kawasan kampus, kamu perlukan kebenaran. Kami mesti menjaga keselamatan semua orang, termasuk kamu," katanya kepada Lee.

Pelajar berusia 21 tahun itu cuba membantah, mengatakan mereka berhak mengadakan forum itu yang bertajuk: "Kebangkutan Mahasiswa: Satu Ancaman atau Harapan", walaupun terpaksa mengadakannya di bawah pokok.

Bagaimanapun, Sundramoorthy bertegas mengarahkan mereka bersurai.

Situasi bertambah tegang apabila sekumpulan individu yang bukan pelajar USM mula mengejek dan bersorak mengganggu kumpulan pelajar itu dan Fahmi yang pada waktu itu hanya sedang berdiam diri.

Lee kemudiannya mengumumkan yang forum itu akan dipindahkan ke Kopitan Classic, tidak jauh dari pintu pagar universiti itu di Sungai Dua.

Sundramoorthy memberi Lee dua minit bercakap kepada pemberita dan mengumpulkan orangnya sebelum beliau dan pegawai keselamatan kampus mengiringinya, ahli Barisan Pelajar Progresif dan penceramah terlibat meninggalkan tempat itu.

Bagaimanapun, keadaan tidak berjalan lancar di kafe itu apabila Fahmi Zainol , yang merupakan pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, menjadi sasaran mereka yang tidak dikenali.

Sebaik Fahmi duduk di sebuah meja, seorang lelaki duduk bertentangan dengannya dan mula berceramah kepadanya kerana menimbulkan masalah selama ini.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Azmeal Abu Bakar, 42, memberitahu Fahmi, selagi beliau bergelar pelajar dan dibiayai kerajaan, beliau harus menumpukan perhatian kepada pengajiannya.

"Kamu tak habis belajar pun lagi. Adakah kamu fikir apa yang kamu lakukan terhadap ibu bapa kamu? Apa perasaan mereka bila kamu lakukan semua ini?

"Adakah kamu dapat restu ibu bila buat perkara ini? Kalau tidak, jangan buat," katanya kepada Fahmi Zainol yang cuba menerangkan yang beliau hanya berhasrat berkongsi idea mengenai bagaimana sebuah universiti harus berfungsi dan mahasiswa harus berperanan.

Azmeal, bapa kepada tiga anak, kemudian memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak setuju dengan apa yang dilakukan Fahmi kerana pelajar itu berpotensi mempengaruhi anak muda lain dengan cara yang negatif.

"Zaman ini, kita ada Facebook dan segala platform media sosial lain. Bukannya susah nak pengaruhi anak muda. Mereka tidak sepatutnya tersasar dari landasan sebenar iaitu belajar, atau digalakkan menentang kerajaan.

"Boleh dikatakan sejak lahir, kamu bergantung kepada kerajaan. Kalau kamu sudah habis belajar, dapat kerja, ada pendapatan sendiri, barulah boleh buat apa yang kamu mahu," katanya.

Ketika Azmeal memarahi Fahmi Zainol, seorang wanita kedengaran mengatakan "tak mengenang budi" kepada mahasiswa itu.

Seorang ahli panel forum itu, Zainulfaqar Yaacob, bekas pemimpin pelajar UM, cuba masuk campur dan mempertahankan Fahmi Zainol tetapi dia ditengking sekumpulan mereka yang sedang marah di kafe itu.

Kekecohan di hadapan kafe itu menjadi makin panas, menimbulkan kesesakan di koridornya dan membuatkan pelanggan yang lain tidak selesa.

Pengurus kafe itu kemudiannya muncul, dan menggunakan pembesar suara, berteriak menyuruh kumpulan yang sedang marah itu meninggalkan tempat itu.

Lee kemudiannya segera mengumumkan yang forum itu dibatalkan kerana terdapat gangguan daripada mereka yang digelarnya “samseng”.

Ia menimbulkan lebih kemarahan kumpulan itu sambil ada yang mencabar Lee mengulang kata-katanya.

Terjadi insiden tolak-menolak di antara mereka tetapi tiada kejadian tidak diingini terjadi.

Fahmi Zainol, Zainulfaqar dan ahli panel ketiga, ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang Simon Ooi Tze Min meninggalkan tempat itu kira-kira jam 3.15 petang.

Ooi berkata, ia hanya sebuah forum dan tidak sepatutnya berakhir sedemikian rupa, merujuk kepada kekecohan yang ditimbulkan kumpulan yang mengganggu itu walaupun mereka sudah berpindah keluar kawasan USM.

"Kami hanya jangkakan kehadiran kira-kira 50 orang pelajar. Ia sepatutnya boleh berjalan lancar. Pelajar itu seharusnya diberi kebebasan mengadakan forum itu," katanya.

Fahmi mula terkenal selepas program anjurannya di Universiti Malaya pada 27 Oktober, melibatkan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya diadakan walaupun mendapat tentangan pentadbiran universiti. ~malaysian insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena