Saturday 15 November 2014

Selepas Sarawak, Peguam AMBIGA dilarang memasuki Sabah pulak! Pemimpin BN boleh masuk?

Sabtu, 15 November 2014
Photo: KENAPA PEMIMPIN BN BOLEH MASUK SABAH sedangkan Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam DILARANG MASUK SABAH ???

Adakah NEGERI FIXED DEPOST BN SABAH hak MUTLAK UNTUK PEMIMPIN2 YANG MENYOKONG BN SEMATA2.. Kenapa ada perlu diskriminasi terhadap golongan2 tertentu terutama yang tidak memihak kpd BN !!!

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952.1073741829.157851205951/10152396232845952
KENAPA PEMIMPIN BN BOLEH MASUK SABAH sedangkan Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam DILARANG MASUK SABAH ???

Adakah NEGERI FIXED DEPOST BN SABAH hak MUTLAK UNTUK PEMIMPIN2 YANG MENYOKONG BN SEMATA2.. Kenapa ada perlu diskriminasi terhadap golongan2 tertentu terutama yang tidak memihak kpd BN !!!


https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952.1073741829.157851205951/10152396232845952
AMBIGA DIRAIKAN DILUAR NEGARA, TETAPI DILARANG MEMASUKI SABAH



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu. 

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis. 

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku. 

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan. "Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu. 

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini. 

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur. 

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun. Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan. 

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan. 

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu." Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak." 

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu. Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah. 

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya. "Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. 

Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus." Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini. Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi." Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini. 

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa. 

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena