Monday, 10 November 2014

Nak rasa pondan? Depa Up kan isu, Depa meroyan, Depa sendiri tabalkan diri hero pulak...

Isnin, 10 November 2014
Hero Hang Depa...
Photo: game pakaian pondan baru bermula... khir jamil dah keluarkan kenyataan akan membuat rayuan... pasni dinobatkan sbg hero lg spt isu kalimah Allah, october fest dan lain2 isu... depa yg up kan isu, depa yg benarkan, depa yg jugak yg meroyan... pastu sendiri tabalkan diri sbg hero pulak...
game pakaian pondan baru bermula... khir jamil dah keluarkan kenyataan akan membuat rayuan... pasni dinobatkan sbg hero lg spt isu kalimah Allah, october fest dan lain2 isu... depa yg up kan isu, depa yg benarkan, depa yg jugak yg meroyan... pastu sendiri tabalkan diri sbg hero pulak...

Nak rasa pondan?

Jamil Khir Digesa Lawan Kembali 'Transgender'


Rayuan perlu dibuat terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dilihat aktivis transgender sebagai mengiktiraf golongan itu, kata menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, keputusan itu perlu diambil bagi menjaga kepentingan Islam dan ia juga melibatkan kewibawaan pihak berkuasa agama negeri sebagai badan pemelihara kepentingan umat Islam.

“Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Dalam kenyataannya hari ini, Jamil berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan memohon mencelah dalam prosiding itu apabila rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dibuat.

Katanya, ini memandangkan rayuan itu amat penting untuk menentukan bidang penguatkuasaan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Selain itu, kata Jamil lagi, ajaran Islam sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan itu akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena