Monday 1 December 2014

[Video] Giliran Najib kaw kaw diBANGANGkan Bloggers Umno pulak!

Selasa 2 Disember 2014

BANGANG!


Tak habis lagi isu 'BANGANG' Najib .... hari ni saja beberapa bloggers duk mengulas benda ni. Sebelum ni komen lebih pada mempersoalkan kewajaran Najib sebut bangang, tapi kali ni saya perasan nada sudah mula ke arah membangangkan sipengucap bangang ! Saya pun nak tumpang sekaki jugalah..


Pengumuman, di Perhimpunan Agung Umno, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan disambut dengan tepukan gemuruh, sorakan danstanding ovation. 

Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat?

Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan?

Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri? Baca sepenuhnya -APANAMA.

Ni lagi satu -


Sebenarnya ia gelagat si punahsihat, konsetan dan lain-lain merpati sejoli yang hinggap di keliling pinggang sang perdana menteri kita lah yang menghindar pengundi atas pagar daripada mahu mendekati BN.

Suara pembangkang berkumandang dalam BN gara-gara pendirian MCA dan pendekatan J-Star tidak banyak beza dengan DAP dan Rocket.

Ketua Pemuda Umno telah membawa sebilah gunting masuk pejabat Menteri Umno dan si Scissorati yang seekor itu diberi jawatan Setiausaha Akhbar.

Tapi yang kuat sokong kerajaan, contohnya blogger-blogger Umno, tidak diambil untuk bekerja di Kementerian. Baca sepenuhnya - Helenang.

Yang menghapuskan MECD, satu organisasi yang merupakan One Stop buat usahawan Melayu yang mahu bertapak itu bukankah BANGANG namanya ?

Yang Perasan pakai baju cantik lip lap depan orang kerana terpengaruh dengan pujian penasihat padahal sebenarnya dia bogel itu bukankah BANGANG ?

Yang gatal hapuskan ISA kemudian gatal pi sebut berulangkali nak hapuskan Akta Hasutan pula ..... itu bukan BANGANG namanya ?


Yang kena kencing kawa-kaw sampai lenjun masa PRU13 dek orang cina tapi masih merangkak2 menagih simpati mereka juga itu bukan BANGANG ?


Korang tambah la lagi ..... oya, saya tersenyum masa tulis ni..... serius ! sebab niat saya sekadar bergurau je hehehehe...


Issssh lupa lak - Yang kena queen control dan biarkan bini yang berkuasa disebalik tabir tu pun dipanggil BANGANG ke ?

Kemaskini - sebahagian dari komen pembaca di artikel sebelum ini - KLiK

Oleh itu, saya berpendapat istilah Blogger Bangang patut ditujukan kepada blogger yang suka mengampu, membodek, mengipas dan memuji-muji pemimpin UMNO meskipun rakyat biasa rasa meluat dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO. Blogger sebegini adalah blogger yang mudah dibeli kerana sanggup mengubah haluan bila-bila masa asalkan dibayar. 


Sebagai contoh, jika dulu blogger ini membenci seseorang pemimpin UMNO, tapi kerana dibayar, dia boleh berubah kepada menyokongnya pula. Blogger sebegini akan mempertahankan dan membela bosnya habis-habisan jika bosnya dikritik. Ini sebenarnya blogger yang patut digelar sebagai Blogger Bangang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena