Monday, 1 December 2014

Kenyataan 'kurang cerdik' Menteri Umno? Rakyat tawar hati dah dan tidak menyokong parti kita! - Rayu Puteri UMNO

Selasa, 2 Disember 2014
Bila masa pulak puak-puak menjadi cerdik?
Kenyataan 'kurang cerdik' pemimpin kurangkan sokongan kepada UMNO 

OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Sabah, Nazliah Ali merayu pemimpin pusat dan Menteri Kabinet agar tidak membuat kenyataan yang 'kurang cerdik' sehingga mengurangkan sokongan rakyat kepada parti itu. 

Beliau memberitahu, pergerakan itu di Sabah dan Malaysia khususnya bekerja keras siang malam sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) untuk memujuk orang ramai memberi sokongan semula kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun, katanya, ketika rakyat mula menerima UMNO dan BN hasil usaha gerakan sayap parti itu, ada segelintir pemimpin terutama dalam Kabinet mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh orang ramai sebagai tidak cerdik. 

"Saya minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak beri nasihat atau tegurlah pemimpin ini. Mereka inilah menyebabkan rakyat jauh hati dengan kita walaupun pada mulanya mereka sudah menerima UMNO dan BN. 

"Bayangkan, ketika rakyat sudah menyokong kita, tiba-tiba ada pemimpin kata, kalau ayam mahal, jangan makan daging (ayam). Patutkah kenyataan seperti ini keluar dari mulut pemimpin? "Siapa patut dipersalahkan kalau rakyat tawar hati dan tidak lagi menyokong parti kita? 

Bagaimana perasaan jentera parti yang bekerja siang malam memujuk mereka (rakyat), tetapi dengan hanya kenyataan seperti itu, semua kerja menjadi sia-sia?,” katanya. 

Nazliah yang juga Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata, pemimpin seperti itu perlu mempunyai Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik atau sekurang-kurangnya penasihat yang bijak serta tahu menjiwai masalah rakyat, bukan bercakap mengikut kehendak hati. 

Walaupun beliau tidak menyebut siapa, tetapi umum tahu gerangan pemimpin dan menteri berkenaan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Kenyataan itu kemudian menjadi viral popular di pelbagai laman sosial. - MalaysiaGazette Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena