Wednesday 17 December 2014

UMNO membelasah Najib? 'Tuan yang punya badan' masih tak sedar-sedar...Yang penting..holiday!

Khamis, 18 Disember 2014

 EKONOMI NEGARA DALAM KEKUCARAN TETAPI NAJIB TETAP NAK PERGI BERCUTI
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim 
Apa yang saya jangka sudah berlaku seperti Ekonomi negara merudum dibawah Najib, sedang berlaku. Ahli UMNO membelasah Najib juga sedang berlaku. Namun 'tuan yang punya badan' masih tak sedar-sedar. 

Dalam ketidak-tentuan pasaran  kemerosotan matawang, penurunan harga minyak  yang menyebabkan 'return' kepada negara bertambah kurang  serta harga minyak sawit merudum, sedikitpun tidak mengusarkan Najib, 

Tangungjawap terbaik Najib  hanyalah 'perlu pergi bercuti'. Apa nak jadi kat negara ini..itu belakang kira..yang penting..holiday! Walaupun sudah berbelas 'trip' keluar negara dilakukan, namun, cuti panjang adalah 'kemestian' buat Najib. Nampaknya apapun yang berlaku ataupun apa yang sedang  terjadi, semua itu tak penting  bagi Najib. 

Walaupun ekonomi kita tengah bermasaalah., kemerosotan ini sememangnya tidak membebankan 'otak' Najib. Kepada rakyat Malaysia, inilah perangai Perdana Menteri negara ini. . Rakyat terkapai-kapai 'mengharung' kenaikan kos sara hidup, dia (PM) senang lenang bercuti anak-beranak. 

Mungkin kehilangan MH370 dan pengeboman MH17, bukan, perkara besar untuk difikirkan oleh Najib lagi  ataupun kemerosotan pasaran dan kehilangan 'punca pendapatan' juga bukan menjadi keutamaan beliau lagi, kemungkinan Najib berfikiran bahawa 'konglomerat' pimpinannya iaitu 1MDB boleh menggantikan Petronas mahuppun FGV untuk menampung 'kekurangan' pendapatan bagi  negara ini walaupun syarikat 1MDB ini mencatat kerugian beratus juta (RM655 Juta) sedangkan 1MDB  mempunyai nilai hutang hampir RM40billion.


Kata Najib ini bukan hutang negaara tetapi hutang syarikat walaupun semua tahu bahawa 1MDB adalah syarikat milik Kerajaan. Siapa tipu siapa..lu fikirlah sendiri... 
 Ikhlas daripada:- Cahaya Al Majid 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena