Saturday 4 July 2015

[Video] GADUH DI TAPAK BAZAAR Ramadhan...main pistol bro & Demi TAUKEH rakyat 'dibangsatkan'?

Sabtu, 4 Julai 2015

[VIDEO][PERGADUHAN DI PASAR RAMADAN] Samseng 'taik kucing'!


Klang: Dua peniaga di Bazar Ramadan Jalan Taiping di sini, diserang 15 ahli kumpulan samseng dalam kejadian di tapak bazar itu, 11.30 malam.

Satu rakaman video berdurasi kira-kira seminit membabitkan pergaduhan kumpulan itu dengan mangsa menjadi viral di laman sosial Facebook.

Menurut sumber, peniaga terbabit diserang selepas dua ahli kumpulan samseng mahu mengambil barang yang diniagakan mereka.

"Mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan buku lima oleh kumpulan berkenaan sebelum dileraikan orang ramai.

"Bagaimanapun ketua mereka meminta pengikutnya mengambil pistol yang berada di dalam kereta untuk menggertak peniaga terbabit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, sedang menyiasat insiden itu.
Posted by 

(DEMI RAKYAT vs DEMI TAUKEH) SPAD Luluskan Kenaikan 10% Tambang Bas Sempena Hari Raya


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam meluluskan kadar khas sebanyak 10%, lebih daripada kadar biasa, bagi perjalanan bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini.

SPAD dalam kenyataan berkata langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain memenuhi permintaan perkhidmatan yang meningkat berikutan bas-bas tambahan perlu dibekalkan pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

"Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan," menurut kenyataan itu.
Posted by 
1 hr · 
 

KENAPA 'luluskan sementara' ???.. Ohhh patutler lagi ramai rakyat nak balik kampung guna bas ekspress MASA ITULAH MASA TERBAIK NAK 'ROMPAK' DUIT RAKYAT !!!

JANGAN RISAU... klu rasa terbeban bayar tambang JANGAN BALIK KAMPUNG..

KENAPA naik 10% aja.. alang2 naikkan terus 100% nnti rakyat berjimat cermat..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena