Friday 3 July 2015

Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?

Sabtu, 4 Julai 2015

‘Individu tertentu’ cuba sabotaj Najib melalui laporan WSJ, kata PMO


Pejabat Datuk Seri Najib Razak berkata, media tempatan tidak sepatutnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan jika ia disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat Wall Street Journal dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.

Menyifatkannya sabotaj politik, Putrajaya hari ini berkata, pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun bank Datuk Seri Najib Razak adalah kerja "individu tertentu" untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata dalam satu kenyataan, media tempatan tidak sepatutnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan ia disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Walaupun kepimpinan perdana menteri berjaya memimpin ekonomi Malaysia menghadapi cabaran global – seperti yang diiktiraf minggu ini melalui kenaikan taraf Fitch – wujud usaha bersepadu individu tertentu untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi kita, mencemarkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
"Dakwaan terbaru itu, yang memetik penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, merupakan kesinambungan daripada sabotaj politik ini," kata PMO dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa menteri mempersoalkan laporan dalam WSJ dan Sarawak Report itu yang mengatakan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyalurkan wang ke dalam akaun Najib melalui beberapa syarikat lain.

1MDB menafikan dakwaan itu.

"Seperti dilaporkan, jenayah kebocoran dokumen, pengubahsuaian dan pemerasan berlaku bagi mengelirukan media dan orang ramai.

"Oleh itu, wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan pihak berkuasa yang berkenaan.

"Mengenai dakwaan itu, perlu diambil perhatian yang 1MDB sudah menyatakan syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri," kata PMO.

WSJ dan Sarawak Report mendakwa hari ini, siasatan kerajaan terhadap 1MDB mendapati, wang berjumlah berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, lapor WSJ.

Urus niaga terbesar, katanya, melibatkan deposit sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.

Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Transaksi terbaru, menurut laporan itu adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke sebuah akaun milik “Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak” di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

WSJ turut melaporkan SRC dan bank tersebut enggan mengulas perkara itu. – 3 Julai, 2015.
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena