Tuesday 7 July 2015

Nakhaei Sindir Hadi & PAS - "Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO" & Dia tahu mengenai UG?

Selasa, 7 Julai 2015
Nakhaei keluar UMNO pada Ogos 2014.


Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin 

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).

"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang.
 

"Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah.

Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu.

Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ.


Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno. 


ULASAN GB

Nakhaei dah duduk dalam UMNO, kemudian mungkin dia tak tahan dengan "busuknya" tong najis itu. Lantas beliau keluar UMNO pada 2014.

Rupa-rupanya beliau masih mengikuti perkembangan PAS. Dia tahu mengenai UG. Justeru itu dia menyatakan "Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang!" 

Kebetulan pula hari ini Hadi buat kenyataan yang seolah-olah mempertahankan Najib di dalam isu WSJ... perlu ada 4 saksi, katanya. 

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," 

Setiausaha Politik Hj Hadi, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar pula cuba menafikan tajuk Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) "Like Anwar, the must be four witnesses for Najib". 

Berdasarkan kenyataan Haji Hadi, GB tidak nampak apa-apa kesalahan pun di dalam tajuk malaysiakini itu. 

Malah ramai juga mempersoalkan kenyataan haji Hadi itu, semasa membuat tuduhan pil kuda dan kominis dahulu, ada tak Haji Hadi kemukakan empat orang saksi? 


Walaupun kes itu telah selesai dengan kemenangan di pihak Haji Hadi, namun ia tetap telah menjatuhkan reputasi Haji Hadi dimana hakim mahkamah tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menyatakan "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah...


Posted By Green Boc

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena