Friday 3 July 2015

'Pakatan sudah mati'! Kemanakah arah tuju Azmin? Jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat?

Sabtu, 4 Julai 2015

Kemanakah arah tuju Azmin? Jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat?

 
1) Ekoran keputusan PAS mengambil keputusan tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah. 

2) Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.

3) Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu. 

4) Pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

 a) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.
 b) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini ) 

 5) Pengumuman LGE mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja.

 Jika kita perhatikan dalam perkara 1 dan 2 diatas, PKR dan DAP telah sama berpendapat bahawa Pakatan Rakyat sudah mati tanpa kubur.

 Dalam perkara 3 dan 5, DAP telah menghantar mesej yang jelas kepada PKR supaya turut bertegas dalam melaksanakan tindakannya terhadap PAS yang sudah putus hubungan dengannya.Bukan sekadar apa yang Presiden PKR umumkan dalam perkara 2, bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal.

 Dalam perkara 4, adalah antara dua kemungkinan yang bakal Azmin Ali hadapi.

 Namun nampaknya, Faekah Husin, bekas pembantu mantan MB Selangor kesayangan Hj Hadi, Khalid Ibrahim, membuka jalan kepada Azmin supaya ikut jejak boss lamanya itu, iaitu bekerjasama dengan Umno.

 Sama-samalah kita tunggu dan lihat selepas raya ni nanti.... Kemanakah arah tuju Azmin? Mahu jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat? Dan apa pula tindakan selanjutnya dari DAP ....
 
SUMBER : Alhusseyn

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena