Sunday 5 July 2015

Tengok neh! Najib ucap terima kasih kepada Haron Din...Erkk! Najib nak saman WSJ?

Ahad, 5 Julai 2015

Dgn Tun Mahathir,
Najib TAK BERANI SAMAN..
Najib 'cabut lari' forum Nothing2Hide semata kerana Tun M hadirkan diri..

Tapi berani plok nak saman WSJ.. ??!!!

WSJ telah berusia 125 tahun.. lebih lama dari usia penubuhan M'sia sendiri, malah UMNO Baru.. dan telah memenangi 36 Anugerah Pulitzer, sebelum ni WSJ telah membongkar skandal ENRON , kini skandal 1MDB... dan Najib..??

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Haron Din Kerana Menyokongnya



SEMENYIH - "Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Iftar Bersama Rakyat Selangor di sini, hari ini.

"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya.

"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara," katanya lagi.

Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Kita tidak boleh biarkan pihak-pihak luar menggugat atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan," katanya lagi.

Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Najib dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang teguh menyokong beliau.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan tidak mudah percaya dengan pemberitaan tersebut.

"Datuk (Dr) Haron Din (Mursyidul Am Pas) pun menerusi kenyataan berkata tidak masuk akal saya melakukan perkara tersebut," tegasnya lagi.
BLM


1 comments:

Unknown said...

Inilah rupanya sabda Junjungan Nabi S.A.W "akhir zaman Ulamakku lebeh jahat dari pendita Yahudi"

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena