Tuesday, 21 July 2015

The Edge Sedia Ke Mahkamah..."Laporan kami dedah penipuan pada rakyat"

Selasa, 21 Julai 2015

The Edge: Laporan kami dedah penipuan pada rakyat

JULY 21, 2015

MKini

Laporan terbaru The Edge Financial Daily berkaitan 1MDB hari ini menafikan dakwaan bahawa ia sebahagian daripada konspirasi politik, dan sebaliknya menceritakan dakwaan rancangan oleh hartawan Jho Low dan PetroSaudi International (PSI) untuk mencuri berbilion ringgit dari Malaysia.
“Kami mempunyai tanggungjawab untuk mencari dan melaporkan kebenaran. Laporan kami mengenai 1MDB telah mendedahkan bagaimana sekumpulan individu – rakyat Malaysia dan orang asing – merancang penipuan berbilion ringgit terhadap rakyat Malaysia.
“Bagaimana boleh tugas yang telah kita lakukan dianggap sebagai konspirasi politik?” soal The Edge dalam nota penerbit bersama dengan laporan itu.
Akhbar perniagaan itu dalam pendedahan empat muka surat mendakwa Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, telah bekerja dengan PSI untuk menyalurkan sekurang-kurangnya AS$ 1.83 blion dalam bentuk wang tunai daripada 1MDB, melalui syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi Limited.

The Edge Sedia Ke Mahkamah Pertahan Dakwaan 1MDB, Jho Low

PETALING JAYA: The Edge Financial Daily kini bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Kami ingin mengulangi apa yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa kami bersedia mempertahankan apa yang disiarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar kewangan itu dalam catatan editorialnya pada Selasa.

Malahan, The Edge turut menawarkan untuk menyediakan dokumen berkaitan kepada penyiasat kerajaan.

Catatan itu disiarkan bersama maklum balas 1MDB berkaitan pendedahan empat mukasurat The Edge Financial Daily mengenai Jho Low, PetroSaudi dan dana 1MDB.

Sebelum ini, 1MDB menyelar The Edge kerana didakwa menyiarkan 'laporan yang tidak bertanggungjawab.

Pada 29 Jun, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab berhubung laporan tidak tepat berkaitan 1MDB.
Posted by Kedah Lanie 

1 comments:

Unknown said...

Kebenaran pasti timbul tunggu ajalah

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena