Monday, 17 August 2015

Agensi Cari Jodoh: Ideologi politik penting..."Saya takut kalau saya bagi seorang merah seorang biru, nanti bergaduh..."

Isnin, 17 Ogos 2015
Agensi cari jodoh:Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Abdul Hakim RahmanAstro Awani

Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
ZAINUDDIN: Saya takut kalau saya bagi (ideologi politik) seorang merah seorang biru, nanti bergaduh.

KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan individu, perbezaan pendirian politik mungkin tidak menjadi persoalan besar dalam membina sesuatu hubungan.

Tetapi bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, perkara itu amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.

Bak kata orang, semua kena serasi.

"Saya takut kalau saya bagi (ideologi politik) seorang merah seorang biru, nanti bergaduh.

"Nanti kalau jadi (kahwin), tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, jadi saya padankan yang sesuai supaya tak jadi masalah," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.

Jelas Zainuddin, pelbagai tapisan terpaksa dilakukan bagi memastikan pasangan yang ingin dipadankan itu bersesuaian.

Beliau mengkaji semua faktor latar belakang, dari tahap pendidikan, jumlah wang simpanan, hinggalah tahap kesihatan seksual seseorang yang ingin mendaftar mencari jodoh.

Agensi cari jodoh yang diusahakan Zainuddin sejak tahun 2006 bukan calang-calang. Dalam era teknologi maklumat, beliau langsung tidak menggunakan internet.

"Dalam internet, dia banyak kisah yang berisiko penipuan dalam soal cari pasangan hidup.

"Kalau barang boleh kita jual dalam internet, tetapi ini hati dan perasaan kita, jadi pihak agensi akan buat tapisan sebelum pasangan berjumpa terus," katanya lagi.

Tambah Zainuddin, mencari ciri-ciri pasangan ideal untuk dipadankan bukanlah perkara sukar.

Namun, tegasnya, elemen penting dalam mencari calon untuk mendirikan rumahtangga adalah kejujuran.

"Pengakuan antara lelaki dan wanita yang berdaftar kena akujanji makanya segala maklumat diri termasuk keperibadian serta status perlu dinyatakan tidak kira janda duda atau bujang dia tidak boleh tipu,"
"Kalau dia menipu bermakna dia sanggup menerima laknat dan kutukan Allah SWT di dunia dan akhirat," katanya.

Tambahnya, beliau telah menolong lebih 200 lelaki dan wanita menemui jodoh mereka sejak menjalankan perniagaan ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena