Wednesday 19 August 2015

Pas menyokong 'Undi Tidak Percaya'? "Bukanlah boleh ditelan bulat-bulat macam ikan baung telan najis"

Rabu, 19 Ogos 2015

Berita Menghairankan Dari Pejabat Agung PAS

Berita Menghairankan Dari Pejabat Agung PAS. Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali setuju parti Islam itu menyertai cadangan kemuka usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.
Posted by 

Jaminan Mustapa, Tuan Ibrahim tidak laku

SUSUPAN TENGAHARI

Atas sifat politik itu serba kemungkinan, tetapi jaminan oleh sekurang-kurang dua pemimpin Pas Mustapa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa Pas akan menyokong undi tidak percaya ke atas Najib Razak sebagai perdana menteri jika diadakan, ia masih boleh dipertikaikan.

Berpandukan pengalaman lepas, saya tidak yakin dengan jaminan Pengarah Pilihan Raya Pas dan Timbalan Presiden Pas itu, selagi Pas dibawa pimpinan Abdul Hadi Awang dan dikuasai secara tektikal oleh Haron Din.

Kalau pun Abdul Hadi dan Haron sendiri memberi jaminan itu ia bukan boleh ditelan bulat-bulat macam ikan baung telan najis. Kata-kata itu harus ditilik dan dikaji secara mendalam.

Orang yang memberi kata putus dalam Pas ialah Haron Din dan Abdul Hadi Awang. Haron Din bukan sahaja Mursyidul Am penjawat jawatan tertinggi dalam Pas, tetapi dia juga mempunyai kuasa ekskutif pemutus secara kerohanian? Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dalam Pas.

Ahli Pas termasuk juga ahli parlimen akan wala' kepada kata-kata kedua mereka itu walaupun ia bercanggah dengan prisip berorganisasi. Perkara ini sudah terbukti apa yang berlaku dalam Pas selama ini. Kata mereka adalah kata pemutus yang bukan harus bahkan wajib dituruti.

Justeru, jaminan Mustapa Ali dan Tuan Ibrahim Man itu tidak lebih daripada hendak meredakan suasana dalam Pas sahaja. Kenyataan itu adalah untuk memperlahankan gelora kritikan dan protes umum kepada Pas kini ekoran wujudnya Gerakan Harapan Baru.  Jaminan kata-kata itu sebagai membendung kebencian ramai kepada Pas yang ingin bersekongkol dengan Umno.

Kenyataan dan cakap-cakap Presiden dan Mursyidul Am Pas yang juga dilestarikan oleh beberapa pemimpin muda, itulah hakikatnya. Dalam saat Pas bernostalgia untuk berkahwin dengan Umno, apa dibayangkan Mustapa dan Tuan Ibrahim itu termansuh sama sekali. Percanggahan pandangan antara mereka adalah strategi dan taktik.

Sekiranya ada rancangan untuk menganjurkan undi tidak percaya kepada Najib, jangan mengharapkan ia mendapat sokongan kesemua ahli parlimen Pas. Sekurang-kurang tiga atau lima daripadanya akan menentang. Ketika ini mengajak Pas untuk berlawan dengan Umno hanya menyakitkan hati sahaja. [wm.kl.12:05 pm 19/08/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena