Monday, 17 August 2015

Tu dia! PANAS - Pengganas IS belum wujud ketika Najib terima derma RM2.6 billion

 Isnin, 17 Ogos 2015

APA... Najib pejuang agama islam..?

LULUS & KELUARKAN lesen arak & judi ka..?
MEMBAZIR BOROS guna harta kerajaan ka..?
MENIPU RAKYAT sepanjang masa ka..?

Nampaknya makin ramai pemimpin UMNO bodek ampu Najib melampaui Ahmad Maslan...

RM2.6 Bil Derma PERIBADI Najib, Bukan Untuk Parti ! Sebab Tentang IS Yang Belum Wujud Ketika itu ! Huh?

Monday, August 17, 201513comments

Malaymailonline

Tu dia .... ABIM pun dah enter frame dalam isu Derma RM2.6 Bil Najib ...... Lagi ramai pemimpin2 Umno cuba menjawab bagi pihak Najib tanpa mereka sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku, akan semakin bercelaru jalan cerita ( atau spin ) yang cuba dilakukan oleh pro Najib !

Kali ni Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan beri komen kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Kuantan  Datuk Wan Adnan sepertimana laporan Sinar semalam. Kita cek dulu apa kata Wan Adnan -

- Najib beri penjelasan kepada 146 Ketua2 Bahagian hari Rabu lepas

- Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

-  “Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,”

- Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif. 

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.
Sinar

Betul, saya sokong pendirian ABIM. Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 billion sebagai penghargaan ?

Wan Adnan kata sumbangan itu adalah kepada Najib BUKAN kepada parti ! ( adakah itu yang disebut oleh Najib kepada 146 KB ? ) 

Nah sekarang kita jadi keliru pulak dah ...... jadi bukanlah derma politik ?

Yang paling best adalah ini -

On 8 April 2013, having expanded into Syria, the group Islamic State of Iraq (ISI) adopted the name Islamic State of Iraq and the Levant, also known as the Islamic State of Iraq and al-Sham.[1][2][3] 

Starting in April 2013, ISIL made rapid military gains in northern Syria, where according to the Syrian Observatory for Human Rights, it was "the strongest group".[4] 

- KLiK.

RM2.6 billion itu masuk akaun Najib pada 21 Mac 2013 ..... errr..

Pernah dengar Najib bercakap tentang IS atau ISIS atau ISIL pada tahun 2013 ?

Halo !!! Boleh tak pro Najib berikan SATU penjelasan yang Resmi/official tentang RM2.6 billion itu ? Lagi baik kalau Najib sendiri yang keluarkan kenyataan. 

PS - Terimakasih kepada seorang pengomen di artikel sebelum ini yang telah beri tip kepada IS timeline di atas.

PS 2 - Para ulama terutamanya Majlis Ulama, mohon berikan pandangan/pendirian juga ! Senyap jer ......

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena