Tuesday 1 September 2015

[Video] Bersih 4.0 America CCTV World News...Mat Sabu juga pernah 'merasa pilu' apabila gambarnya dipijak ahli Pas & Kenapa PAS tersisih jauh?

Selasa, 1 September 2015

Gambar penyokong Pas pijak muka Mat Sabu, Husam dan Hatta Ramli

Nampaknya perpecahan didalam Pas makin ketara.. Pas kini dilaporkan berpecah menjadi dua kumpulan dimana satu adalah kumpulan pro ulamak yang patuh pada kepimpinan Hj Hadi Awang dan satu lagi merupakan kumpulan liberal yang diketuai oleh Mat Sabu serta Husam.
Kebencian kumpulan pro ulamak pada kumpulan Husam atau lebih dikenali sebagai Anwarinas, amat mendalam hinggakan mereka sanggup memijak gambar pemimpin-pemimpin kumpulan terbabit.
Apakah mungkin Pas akan berhadapan dengan kemelut dalaman yang akan menyebabkan keretakan parti? Kita tunggu selanjutnya nanti.. – Utaranews.com

Bila Mana Mat Sabu Dipijak-pijak Gambarnya Oleh Geng Gerombolan

Malaysiakini


5 hrs · 
 


katanya...

Kenapa PAS tersisih jauh?
Reaksi berlebihan jauhkan PAS daripada politik arus perdana, kata bekas pemimpin  
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata reaksi PAS yang dilihat berlebihan terhadap aksi segelintir peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin mereka akan menjauhkan lagi parti Islam itu dari pentas utama politik negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015. 

Reaksi PAS yang dilihat berlebihan terhadap aksi segelintir peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin mereka akan menjauhkan lagi parti Islam itu dari pentas utama politik negara, kata seorang bekas pemimpin parti itu. 

Ini kerana, tindakan itu hanya akan menjauhkan mereka daripada ratusan ribu peserta Bersih 4 dan penyokong mereka selepas berpisah daripada rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, kata bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar. 

Katanya, tindakan PAS itu juga dibuat ketika mereka sedar perbuatan itu satu provokasi pihak luar dan bukan datangnya dari penganjur Bersih 4, kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0. 

"PAS akan semakin jauh dari pentas utama politik negara dengan tindakan itu setelah tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum menyertai Bersih 4. 

"Sudahlah mereka tidak bersama Bersih, kini mereka mahu menyerang peserta Bersih dan penganjurnya dengan alasan ada yang memijak gambar pemimpin mereka. 

"Padahal mereka tahu itu kes terpencil dan perbuatan agen provokasi," kata Kamarudin kepada The Malaysian Insider. 

Ahli Parlimen Tumpat itu mengulas tindakan PAS yang mahu membuat bantahan besar-besaran termasuk laporan polis, ekoran tindakan segelintir peserta Bersih yang dilihat memijak gambar presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Gambar dan video tindakan beberapa wanita yang menyertai perhimpunan Bersih itu kini viral melalui media sosial khasnya kumpulan perbincangan WhatsApp. 

Sedangkan pada masa sama, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu, juga tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar sebegitu walau dilakukan oleh sesiapapun. 

"Perbuatan memijak gambar walaupun dilakukan oleh sesiapa, terhadap sesiapa pun, amat saya tidak setuju," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau sendiri mengakui pernah merasa pilu apabila gambarnya dipijak sebahagian ahli dan pemimpin PAS pada satu demonstrasi di depan pejabat PAS menjelang muktamar tahunan dahulu. 

"Saya timbalan presiden ketika itu, alangkah pilu dan malunya saya dan sebahagian pemimpin tidak melenting pun waktu itu," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

 Sehubungan itu bagi Kamarudin, tindakan ini selain menjauhkan lagi PAS dari pentas utama politik negara, juga menunjukkan parti itu tidak ikhlas kerana tindakan sebegini juga dilakukan pemimpin mereka sebelum ini. 

Kumpulan yang memimpin PAS sekarang juga yang memijak gambar sebahagian yang lain dalam satu demonstrasi di depan ibu pejabat parti ketika berkempen menghalau sebahagian pemimpin yang kini berada dalam GHB. 

Sementara itu, ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed hari ini berkata, penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu. 

Katanya, apa yang perlu dikembangkan sebagai gantinya ialah politik ilmu dan politik hujah.

 "Insiden ini, meskipun kecil dalam satu himpunan besar seperti Bersih, dan diperlakukan oleh mungkin anak muda yang agak beremosi, mengajak kita para pemimpin utama politik menilai pendekatan dan batasan masing-masing dalam mengemukakan perbezaan pandangan dan pendapat, termasuk dalam berpolitik," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menjadi kewajipan setiap pemimpin utama mana-mana parti politik mendidik ahli membezakan antara perbezaan pendapat dan penghinaan terhadap peribadi seseorang. 

"Penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka. 

"Akhirnya, ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat" katanya yang mengakui sayap parti itu meneliti dengan prihatin insiden itu menerusi rakaman video yang viral tersebut. – 1 September, 2015.

 # Kalau pun gambar Najib dan Hadi dipijak, ada tak sesiapa yang bertanya kenapa? Dan apakah salah mereka (Najib dan Hadi) sehingga mereka dibenci sebegitu rupa? Adakah mereka/rakyat saja-saja nak pijak untuk tunjukkan yang mereka memang kurang ajar?

 Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena