Friday, 4 September 2015

HELWA ABIM kutuk wanita dijadikan sandaran politik...

Jumaat, 4 September 2015
HELWA ABIM KUTUK WANITA DIJADIKAN SANDARAN POLITIK 

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq. 

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti. 

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa. 

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak. 

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam . 

Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah. 

Fadhlina Binti Dato' Siddiq 
Naib Presiden ABIM (HELWA)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena