Friday, 4 September 2015

'Setelah PAS Berpecah'! Akhbar UMNO mula membelasah PAS..."Laga-lagakan jemaah biar bergolak hingga berpecah"

Jumaat, 4 September 2015

Setelah PAS Berpecah, Akhbar UMNO Mula Membelasah PAS..



Bijak punya strategi ni.. laga-lagakan biar bergolak hingga berpecah, bila dah berpecah belasah apa yang tinggal untuk terus melemahkan..

Akhbar milik Umno melalui tulisan kumpulan pengarangnya, Awang Selamat berkata akibat terlalu taksub, ekstrem dan tanpa berfikir panjang parti itu mewajibkan setiap wakil rakyat Kelantan melafazkan baiah; jika keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik isteri masing-masing diceraikan dengan talak 3.

"Tidak sedarkah mereka mempermainkan agama demi parti politik? Tidak sedarkah mereka dalam politik macam-macam boleh berlaku?

"Hari ini lawan, esok kawasan dan begitulah sebaliknya," katanya dalam ruangan Bisik-Bisik di akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Ini tulisannya..

AWANG selama ini cukup bimbang dengan cara Pas menggunakan Islam bagi tujuan politik kepartian. 
Sehinggakan pernah para pemimpin mereka mengatakan sekiranya tidak mengundi Pas dalam pilihan raya tidak Islamlah orang itu, manakala jika mengundi Pas akan masuk syurga. 
Pelbagai slogan dicipta bagi mengaitkan parti itu dengan Islam dan mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. 
Akibat terlalu taksub, ekstrem dan tanpa berfikir panjang maka parti itu telah mewajibkan setiap wakil rakyat di Kelantan melafazkan bai’ah atau sumpah; yang jika mereka mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik mereka telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga. 
Tidak sedarkah mereka telah mempermainkan agama demi parti politik? Tidak sedarkah mereka dalam politik macam-macam boleh berlaku? 
Hari ini lawan, esok kawan dan begitulah sebaliknya. 
Namun itulah harga yang perlu dibayar oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli yang melanggar bai’ah itu. 
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kelmarin mengesahkan Dr. Hatta dengan isterinya gugur talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam sumpah itu. 
Yang peliknya, semalam Dr. Hatta seperti mempersenda-sendakan pula sumpah yang pernah dilafazkannya itu. 
Bagi Awang perbuatan itu cukup mengaibkan, bukan sahaja kepada Dr. Hatta, tetapi juga kepada agama Islam secara keseluruhannya.  
Awang – Mengucap panjang...
Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena