Kat Malaysia je ada rumah mampu tengok.
Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia Yang Mampu Milik Semakin Sukar untuk Dimiliki? Apa Usaha Kerajaan?
Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia Yang Mampu Milik Semakin Sukar untuk Dimiliki? Apa Usaha Kerajaan?
Berita Semasa dimaklumkan mellaui laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengatakan sekurang-kurangnya kos sara hidup di Malaysia telah pun melonjak sehingga 33 peratus.
Lonjakan kos sara hidup yang berlaku di Malaysia hari ini, merangkumi kos-kos berkiatan dengan :
- telekomunikasi
- makanan
- barangan
- perubatan
- perbankan
Bajet 2016 Harga Rumah di Malaysia : Harapan Rakyat malaysia?
KLIK SINI : 32% Kondominium Mewah di Kuala Lumpur Tiada Penyewa! Sewa RM2000 Sebulan Ke Atas Berapa Ramai Mampu?
Ia belum ditambah dengan kos beli rumah di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia pastinya tertunggu-tunggu apa lagi intipati istimewa yang boleh dihadiahkan kerajaan malaysia melalui pembentangan Bajet 2016 Malaysia kelak.
Sejarah kenaikan harga rumah di Malaysia telah menunjukkan yang mana kenaikan telah naik begitu mendadak antara tahun 2010 hingga 2013. Yang mana melihatkan di sini, rata-rata rakyat Malaysia mula merasa risau dan panik dengan situasi yang berlaku hari ini.
- Masakan tidak melihatkan gaji bagi rakyat Malaysia antara RM2,500 – RM4,000 sebulan tetapi harga rumah kebanyakan RM250,000 dan ke atas.
- Harga rumah yang mampu milik semakin sukar untuk dimiliki
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa melihatkan trend kenaikan harga rumah di Malaysia hari ini telah mula sedikit sebanyak menurun seperti yang boleh anda semak gambar-gambar di bawah ini….
P/S : Kepada fresh graduate, jangan harapkan selepas anda bekerja anda mahu terus beli rumah di Malaysia. Beli pula yang antara RM300,000 dan RM400,000 ke atas. Jikalau mahu beli rumah juga, beli yang sesuai dengan pendapatan anda. Kemudian sedikit demi seidkit “upgrade” rumah anda selepas itu.
0 comments:
Post a Comment