Saturday 3 October 2015

[Video] 'Bila Orang Perak Berpolitik'! Tajuddin 'lempang'...Razman vs Nizar: Forum 'SIAPA PENGKHIANAT' di Taiping 20 Oktober & Nizar saman Razman RM3 juta pada 12 Oktober 2015.

Sabtu, 3 Oktober 2015


ADAKAH UTK JADI MENTERI UMNO MESTI PANDAI PEMBOHONG TEMBERANG? CIRI CIRI YG OLEH ROSMAH DAN PERDANA MENTERI.
Aiya... semua Menteri bergilir-gilir mengeluarkan kata-kata yg tak munasabah... semua kerana satu sebab... ALIH PERHATIAN RAKYAT DAN MEDIA daripada isu 1MDB dan TOLAK NAJIB UNTUK LETAK JAWATAN.


Forum Dua Tokoh Negeri Perak , Razman vs Nizar 20 Oktober 2015 

Pemilik PEDAS FM, Pn Rozita Haron (Cik Ta) kini sedang berusaha untuk mengatur pertemuan semula dua orang bekas sahabat - DS Nizar Mohamad dan Th Hj Razman Zakaria melalui satu forum  yang dijangka akan diadakan di Taiping pada 20.10.15 (Selasa).  

Forum dua tokoh hebat Perak ini bakal mencipta sejarah sekiranya benar-benar akan berlaku. Masing-masing hebat dan petah berhujah.  

Inilah saatnya yang kita nanti-nantikan untuk mendengar hujah masing-masing atas tajuk "AGAMA DAN BANGSA, SIAPA KHIANAT SIAPA" Kita akan dapat mendengar kupasan mereka berdua mengenai siapa sebenarnya yang berkhianat !  Menurut pihak penganjur forum tersebut,  jemputan rasmi dikirim melalui whatsapp kepada 2 ahli panel setelah pihak penganjur mendapat persetujuan awal secara / melalui whatsapp dari Ybhg. Tuan Hj Razman Zakaria.

"Hj Razman sendiri yang telah mencadangkan tarikh 20.10.15 itu." Jelas DJ Roy apabila saya bertanyakan melalui telepon mengenai forum tersebut. 

Pihak penganjur memaklumkan telah mendapat persetujuan awal DS Nizar, melalui whatsapp utk hadir ke forum tersebut. 

Pihak penganjur sangat menghargai persetujuan awal kedua pihak untuk menjayakan program tersebut. Semoga progam ini nanti dapat mengeratkan semula ikatan ukhwah antara kita yg makin jauh akibat perbezaan pandangan.  

Kedua-keduanya merupakan tokoh besar PAS Perak tapi kini DS Nizar sudah berhijrah ke parti baru, AMANAH.  

Perbalahan antara kedua tokoh tersebut telah mengakibatkan DS Nizar bertindak menyaman Hj Razman atas kenyataan berunsur fitnah.   

PAS Perak telah menghantar surat kepada DS Nizar minta hadir ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak pada 9 September 2015 untuk perbincangan mengenai tuntutan saman RM3 Juta terhadap Hj Razman, tetapi DS Nizar enggan menghadirkan diri. 

Kes mereka akan disebut di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena